Pengenalan Diri

Assalammualaikum..

Alhamdulillah saya berasa amat bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga. Nikmat kesihatan, kecergasan, mendapat seorang suami penyayang yang selalu menyokong hobi saya , anak-anak yang baik dan bijak seramai lima orang. Bersyukur juga kerana dapat membuat blog untuk memulakan perniagaan butik saya secara online.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menulis tentang latar belakang saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah siapa-siapa. Hanya seorang isteri dan seorang ibu yang mempunyai hobi membaca dan berniaga. Pernah menulis blog sebelum ini untuk berkongsi pengetahuan kesihatan pengetahuan keibubapaan.

Blog ini diadakan untuk saya berkongsi koleksi pakaian muslimah dan kanak-kanak yang saya pernah jual secara offline. Secara tidak langsung saya dapat mengembangkan perniagaan saya ini. 

Di sini saya catat serba sedikit latar belakang diri saya.

Saya dilahirkan di sebuah kampung. Kampung ini terletak di pinggir bandar Tangkak, Muar , Johor. Saya membesar di Merlimau Melaka. Saya tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading, hanya sampai ke tingkatan 6 atas sahaja. Dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1995.

Dengan sijil yang ada saya mula mencari pekerjaan yang sesuai. Bermulalah saya berkerja di sebuah Kolej sebagai kerani. Saya pernah bekerja di kilang sebagai operator  Jika dihitung lebih kurang 6 tahun saya bergelar pekerja makan gaji. 

Setelah berhenti kerja, saya mula menjual produk kesihatan dan kecantikan . Alhamdulillah saya dapat mencari duit poket sendiri.  Dengan kemudahan  internet yang ada saya suka melawat blog perniagaan pakaian dan membaca blog yang berkaitan dengan keibubapaan. Hasil Berblog , saya mendapat idea untuk mencuba untuk menjual pakaian dalam talian. Berpengalaman menjual pakaian selama 6 tahun. Saya menjual kepada rakan-rakan , jiran-jiran dan kaum kerabat . Alhamdulillah hasil jualan pakaian secara offline saya mampu mengumpul sedikit modal untuk mulakan perniagaan dengan menambah koleksi pakaian.
Dari sini saya bercita-cita untuk menjual pakaian melalui butik dalam talian dengan nama Butik Aspirasi Ummi.

Saya pernah mengikuti kelas jahitan langsir. Alhamdulillah ilmu jahitan langsir yang saya pelajari dapat mengambil tempahan kawan-kawan dan sedara mara. Walau pun tak sehebat guru tapi saya bangga bila melihat hasil tangan saya tergantung ditingkap-tingkap rumah mereka.

Sekian, itu sahaja tentang diri saya. Seorang suri rumah yang bercita-cita tinggi dan ingin mencapai impian mempunyai butik sendiri.



Sudi-sudikanlah membaca perkongsian dan membeli-belah di butik saya yang tak seberapa ini
.
Terima kasih.

Semoga Allah Sayang, 

Comments

Popular Posts