Ruang SOHO Dari Suami Tercinta

Teks: Zanariah Kamal


Bismillah..

Alhamdulillah..Selama ni saya mencuri waktu untuk menggunakan laptop suami untuk menulis atau berblog. Setiap pagi atau sebelah petang ketika suami tiada di rumah, saya akan menggunakan laptopnya untuk membuat kerja-kerja menulis atau bermuka buku.

Kadang-kadang tak berpeluang memegang langsung bila suami ada di rumah. Laptop itu biasanya suami gunakan untuk urusan kerja sahaja.

Dalam hati ini ini mahu saje beli sebiji laptop  sendiri tak perlu dikongsi. Rupa-rupanya apa yang sedang bermain dalam hati saya seolah-olah suami boleh dengar.

Tiba-tiba suami kata abang nak beli sebuah monitor nak sambungkan pada CPU lama abang tu. Awak boleh guna untuk buat blog atau internet.

Syukur Alhamdulillah inilah dia SOHO  saya untuk berniaga dan berblog. Saya tak mencuri guna laptop suami lagi.

Walaupun tak secantik dan secanggih mana tapi cukup bagi saya melakukan hobi saya.
Suami saya seorang yang penyayang dan sangat memahami. Dia akan terus menyokong hobi saya kerana katanya dia akan buat saya gembira selagi mampu. 

Kadang-kadang pengorbanan suami terlalu banyak pada saya. Sifat sabarnya yang selalu buat saya insaf. Sedihlah pulak, bila fikir kebaikan orang pada kita kan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala susah payah suami.

Hari ini cerita bab "touching" sebab teringatkan suami yang sangat ikhlas dalam memberi segalanya pada keluarga.

"Ya Allah hanya paMU aku memohon agar Kau permudahkan segala urusan suamiku yang baik ini. Lindungilah dirinya walau dimana saja ia berada. Dekatkanlah suamiku dengan kebaikan dan jauhkanlah suami ku dengan keburukan. Murahkan rezekinya dan kurniakanlah suami ku kesihatan yang baik."

Semoga Allah Sayang

 


Comments

Popular Posts