Skirt Lycra Mendapat Sambutan

Bismillah..


Hari ini sibuk melayan pelanggan yang datang datang ke rumah membelek-belek koleksi pakaian yang ada. Sambil sembang tentang perkembangan anak-anak, dan ada juga yang turunkan macam-macam tips. Masing-masing ada anak yang akan menduduki peperiksaan.

Mereka ini kawan-kawan yang tinggal dekat rumah je dengan nama lain jiranlah. Seronok juga saya tak perlu keluar rumah bawa pakaian. Daripada duduk mesyuarat tingkap, lebih baik masuk dalam rumah. 

Macam-macam tips yang dapat hari ini. Maklumlah ada seorang ibu ni sudah berpengalaman anak ambil periksa.

Selepas ini saya akan turunkan tips macam mana sahabat saya bantu anaknya bijak di sekolah.

Itulah yang bestnya bekerja dari rumah ni. Sambil sembang, jual produk. Hari ini dapat jual 2 helai skirt lycra dan Coffee Perla.

Alhamdulillah rezeki hari ini. Bukan saya hendak menunjuk, tapi saya gembira sebab menjadi WAHM pun ada pendapatan harian. Walau pun sedikit tapi saya tetap bersyukur.

 

Comments

Popular Posts