Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2014 / 1435H

Teks: Zanariah Kamal




Bismillahirrahmanirrahim,


As Salam...


Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,  untuk anak-anak dan 
adik-adik bloggers ummi semua. Tiada kata-kata yang dapat 
di ungkapkan sempena  Hari Raya yang mulia ini selain dari 
Ampun Maaf Zahir & Batin sekiranya selama ini ummi ada 
terkasar bahasa selama perkenalan kita di alam maya ini.  
Mulai hari ini ummi akan membahasakan diri sebagai ummi 
bukan saya lagi.


Hari ini hari ke empat kita menyambut Syawal. Bagaimana 
sambutan hari raya kalian selama dua hari semalam? Semoga 
kalian semua bergembira di samping keluarga tercinta.  Andai 
kata ada di antara kalian yang sedang berkecil hati atau 
merajuk 
hati dengan ahli keluarga, ibu ayah, adik beradik  atau 
kawan-kawan kalian...harap-harap lupakan dan cepat-cepat 
minta maaf dan berbaik semula.


Ambil peluang dan kesempatan di hari mulia ini untuk
 bermaafan, manalah tahu kot-kot tahun hadapan kita tak 
sempat... hidup mati.. ajal maut ditangan tuhan...bila-bila 
masa saja kita akan di jemputnya...lupakan saja sengketa 
yang lalu. Buang yang keruh ambil yang jernih. Mudahan hati 
kita akan lapang apabila saling bermaafan. InsyaAllah..

Tahun ini ummi beraya di rumah mak abah ummi dulu. 
Selepas bersalaman bermaaf - maafan bersama ahli keluarga
 yang ada ummi dan anak- anak ke rumah belah suami 
di Kg  Sempang Pantai. Kami tiada masalah nak balik 
mana sebab sama-sama Melaka. Adik beradik ummi 
ada 5 orang, tapi yang lelaki tak dapat bersama. Mereka 
beraya di rumah mertua..
walau apa pun ummi bersyukur sebab dapat gembirakan 
emak abah ummi. Ummi tak mahu mereka berasa sunyi.

Alhamdulillah..Allahuakbar...


Esok lusa mungkin ada yang mula masuk kerja dan akan 
balik kedestinasi.  Bagi mereka yang mana akan memandu 
untuk pulang harap-harap berhati-hati di jalan raya...dan 
selamat bekerja semula.

Dikesempatan ini,  terima kasih juga ummi nak ucapkan kepada Bloggers yang sudi kirim Kad Ucapan Hari Raya untuk ummi.

Ummi juga nak kongsi gambar kenangan yang sempat 
diambil masa raya hari tu..

Bersama mak abah ummi

Bersama mak abah mertua

anak-anak sedara sebelah suami


Adik bongsu ummi

Bapa sedara ummi dan mak2 sedara...

Ipar dan anak sedara ummi

Comments

Popular Posts