Kenangan Tetamu Dari Sabah Di UmmiHomestay

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Hari ini saya berkesempatan menulis lagi. Agak lama juga blog ini tidak dijengah. Minggu yang sibuk dengan urusan anak- anak dan bisnes.

Mesti kakak- kakak yang cun dan baik hati tertunggu- tunggu entri saya. Maaf saya sibuk, memang tak sempat  nak pegang komputer. Jika kakak yang ada dalam gambar ni terbaca blog ini jangan marah ye, saya kongsikan gambar ini di blog saya.

Terima kasih kerana sudi menjadi tetamu UnmiHomestay. Tetamu paling lama yang duduk di homestay saya. Mereka menginap selama 6 hari. Alhamdulillah dapat dengar maklum balas positif dari mereka. Mereka datang dari Sabah sempena penerimaan anugerah dan Majlis Konvokesyen di IBM. Kakak ni semua warga pendidik. 

InshaAllah jika ada rezeki  saya akan tambah lagi kemudahan. Niat saya memang untuk memberi perkhidmatan yang terbaik pada semua tetamu saya. Doakan juga agar saya berjaya dalam perniagaan ini. 

Nantikan entri saya akan datang ye. Saya akan kongsikan tempat- tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur. Terutama tempat membeli- belah yang terbaik.

Sekian, jumpa lagi.

Moga Allah Sayang, Moga Allah Redha


Comments

Popular Posts