Bahagia Dan Syukur

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi peribadi

Bismillahirahmanirrahim.

Bahagia merupakan sesuatu yang subjektif. Senang diungkapkan namun perlukan pengorbanan. Saya percaya semua orang nak rasa bahagia. 

Saya akan rasa bahagia bila tengok orang yang saya sayang bahagia dan gembira. Tengok anak sihat, boleh bermain, makan dengan sempurna, tidur yang cukup, cepat belajar itu pun sudah membahagiakan. Apatah lagi, dapat suami yang baik, sedia menjadi teman karib, berkongsi cerita gembira dan sedih, suami yang memahami, bertanggung jawab, bercita- cita tinggi dan kuat usaha. 

Bersyukur sangat sebab suami banyak membimbing kami, memberi nasihat dan memberi dorongan dan sokongan atas apa saja hobi dan minat saya. Sehinggalah saya nekad untuk membuat bisnes yang lebih besar dan sudah tentu cabaran juga besar. Tapi atas sokongan kuat suami saya berani mencuba.
Semoga Allah berkati usaha saya dalam perniagaan ini dan semoga dipermudahkan segala perjalanan projek ini dari mula hingga akhir.

Alhamdulillah, 1 Disember 2014 saya sudah pun mendaftarkan nama perniagaan saya dengan nama "Pasar Mini Dhuha". Pilihan pertama semasa memohon SSM. Belum ada lagi yang didaftarkan dengan nama ini. Syukur sangat, sebab inilah impian saya dari dulu lagi. Pada tarikh ini juga, bangunan untuk Pasar Mini Dhuha mula dibina. 

Kerja- kerja pembinaan bangunan dilakukan oleh adik ipar, suami pula mengambil bahagian dalam kerja- kerja elektrik. 

Sebenarnya, saya berharap sangat dapat memajukan perniagaan ini. Impian saya hanya untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Membantu ibu bapa, adik, dan membantu sesiapa saja yang memerlukan. InsyaAllah dengan rezeki yang ada boleh dikongsi bersama dengan ahli keluarga yang lain. 


Hari ke 5 projek bina Pasar Mini Dhuha


Kalau tak ada sokongan semua pihak, saya tak mampu membina impian ini sendiri. Bersyukur sangat sebab emak, abah, adik- adik menyokong penuh impian saya. Terima kasih semua. Moga impian saya menjadi kenyataan.
Aamin.











Comments

Popular Posts