Thursday, 25 December 2014

Banjir 2014

Teks : Zanariah Kamal



Bismillah..


Teringat masa zaman kanak- kanak setiap hari Jumaat pasti dapat makan bubur putih bubur merah. Bubur ni selalunya akan dibuat jika ada yang berniat. Contohnya jika dulu orang kampung kebanyakkannya petani, pesawah, penoreh getah. Hidup kais pagi makan pagi.

Kehidupan orang kampung tidak mewah. Tapi jika ada ibu bapa yang nak sambut hari kelahiran anak, mereka akan buat bubur ini. Rasanya lemak manis. Saya sungguh gemar makan bubur ini.

Selain itu, ada yang akan buat bubur ini untuk disedekahkan pada orang kampung apabila dapat hasil pertama sawah padi. Memang sedap, lemak manis.

Cerita pasal makanan, teringat pula saudara kita kita di Pantai Timur, terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang yang kini sedang mengalami banjir besar. Di Perak juga turut mengalami banjir. Makankah mereka, bagaimana pula kanak- kanak dan orang sakit. Tentu sekali mereka dalam keadaan yang tidak selesa dan dalam kesedihan, ketakutan mungkin juga kelaparan.

Ya Allah, moga apa yang berlaku ini ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kepada mangsa banjir di doakan agar tabah dan sihat. Semoga semua cukup makan dan minum, dan keperluan yang lain dalam keadaan baik. 


Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan anak kecil. Moga Allah sentasa pelihara mereka dari sebarang bahaya dan penyakit. 

Setiap hari, saya menyaksikan suasana banjir di Kelantan melalui gambar yang di kongsikan di facebook. Memang seperti lautan. Semuanya tenggelam dalam air lumpur.






Suasana di Hospital




Menurut sahabat saya hospital di Kota Bharu telah ditutup, pesakit dipindahkan ke HUSM tempat beliau bertugas.






Sedikit pesanan untuk kita sama- sama beringat.
Apabila berlaku banjir pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  • Ikuti arahan pihak berkuasa;
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti;
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...