Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Resepi Kek Snow Cheese

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Terasa macam nak makan kek cheese bila terpandang cheese yang baru suami beli tempohari.. Bila agak-agaknya dapat buat ye..sekarang sibuk bantu anak ulangkaji. Maklumlah lagi 10 hari sebelum menjawab kertas peperiksaan. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin. InshaAllah selepas habis Upsr Ummi nak buat juga. Resepi kek ummi dah siap2 cedok dari Azie Kitchen punye resepi. Jadi inilah resepi yang diberi..Terima kasih kak Azie banyak sudah resepi yang saya belajar darinya. Memang menjadi, Alhamdulillah. Untuk Kek: 100 gm tepung tepung gandum* 60 gm tepung jagung* 1 sk baking powder* 1 sb ovalette 100 gm gula kaster 4 biji telur 2 biji kuning telur 50 ml air sejuk (air dari peti sejuk) 75 gm mentega cair Untuk Krim: 250 gm cream cheese philadelphia 120 gram susu pekat manis  50ml UHT Whipping cream (opsyenal: jika mahu buat cheese meleleh) Satukan kesemua bahan dan putar sehingga tidak berketul ketul. A

Berzikirlah

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a;katanya:Rasulullah S.A.W.bersabda:’Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.’(Riwayat Bukhari) BERZIKIRLAH Berzikirlah,dengan menyebut keEsaanNYA Selagi ada denyut nadi Setiap saat, siang dan malam, Tanpa gagal… Mengetuk tangkai hatimu, Dengan keagungan dan kebesaran rahmat Tuhanmu, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berzikirlah… Meluaskan lorong-lorong ketenangan di lubuk hati Yang semakin ‘kesempitan’ ditujahi noda-noda hitam Meluaskan lorong-lorong akal fikirmu Yang semakin ‘kesempitan’ ditujahi nafsu-nafsu gelapmu, Sebutlah dengan kerendahan hatimu, Sebutlah dengan rasa keinsafan… Subhanallah(Maha Suci Allah) Alhamdulillah(Segala Puji Bagi Allah) La’ilahai’llallah(TiadaTuhan Melainkan Allah) Allah hu akbar(Allah Maha Besar)… Semoga basah lidahmu, menjadi saksi di had

Tips Cuci Murnikan Hati

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Hari ini nak kongsi tips cara cuci /bersih murnikan hati kita. Hati juga nak kena cuci bersih.. Hati   ibarat   cermin . Hati yang bersih umpama cermin yang bersih berkilat. Semakin bersih cermin itu, maka semakin terang cermin itu dan semakin mudah memantulkan cahaya keimanan.  Manakala, hati yang berkarat pula ibarat cermin yang kotor berdebu maka sukarlah untuk memantulkan cahaya makrifat. Semakin sukarlah pula untuk menerima hidayah Allah.   Hati yang berkarat   adalah natijah daripada maksiat yang dilakukan. Hati yang kotor hanya boleh dibersihkan dengan   membaca Al-Quran   dan banyak mengingati mati.   Membaca Al-Quran bukan sekadar memerhatikan huruf,tajwid, fathah dan dhammah sebaliknya hendaklah bertafakkur dan merenungi maksud ayatnya. Dalam satu hadith dinyatakan bahawa jika seorang hamba melakukan satu dosa maka akan timbul satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bersungguh-sungguh bertaubat, insyallah titik hitam itu akan hila

Resepi Gulai Lemak Telur Itik

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum...ibu2 semua sudah siap masak untuk makan tengahari ? Apa kata kita cari telur itik dan masak gulai lemak mesti sedap. Ummi tengah tak de selera makan, baru baik demam. Sambil membelek buku resepi terjumpa resepi ini. Terliuh ummi tengok. Simpan siap2 dalam ni, bila- bila nak buat buka je blog dan dapat juga kongsi pada ibu- ibu yang tengah kekeringan idea. Lawan pulak dengan ikan goreng berlada dan ulaman. Sedapnya, mesti anak- anak makan bertambah. Bak kata orang tua mak mertua lalu pun tak perasan..sebab sedaplah tu.. Ini resepi yang ummi nak kongsi. Kalau ada buah belimbing buluh lagi sedap..fuhh.. Bahan-bahannya: 8 biji telur itik 3 tangkai cilia pi                   } 5 biji bawang merah           } Dikisar halus 1 ulas bawang putih           } 1 inci kunyit hidup 100 ml air 200 ml santan 1 helai daun kunyit              } Dipotong nipis 1 keping asam gelugor Cara membuatnya: Telur itik direb

Kek oren Sunquick Untuk Afiq Dan Haziq

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Alhamdulillah...syukur sebab anak ummi dapat menghabiskan puasa enam semalam. Sepatutnya ummi buat makanan istimewa. Tapi semalam tiba-tiba demam urat, bisa badan dan sejuk yang teramat sangat, tak dapat nak masak. Hari ini rasa ok sikit. Alhamdulillah ummi sempat juga buat kek oren sunquick. Mereka belum balik dari sekolah. Nak surprise kat Afiq dan Haziq. Oleh kerana mereka suka kek tak kisahlah kek apa pun, jadi ummi pilih kek oren nak raikan kemenangan mereka. Resepi ini pun hasil carian Google...tapi gambar koleksi dari album ummi. Bahan-bahannya: 1. Marjerin ~ 1 cawan (250g) 2. Gula kastor ~ 1 cawan 3. Telur ~ 6 biji ***( ummi guna telur gred  A 4 biji ) 4. Pati oren sunquick ~ 3 camca besar  5. Susu sejat (evaporated creamer) ~ Suku cawan (50 ml). ***** ummi guna susu segar 6. Tepung gandum ~ 2 cawan ****1 cwn bersamaan 240 ml guna cwn ada indication 7. Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar (7g) Cara membuatny

Tips Untuk Jadi Seorang Yang Positif

Teks:Zanariah Kamal Bismillah.. Fikir positif!”...ayat ini sangat senang diungkapkan namun ianya adalah suatu perkara yang mencabar untuk dilaksanakan terutama sekali ketika sedang dilanda musibah atau tekanan yang pelbagai.    Kita perlu mendapat kefahaman dan gambaran yang jelas tentang apakah yang dikatakan berfikiran positif bagi membolehkan kita mengamalkannya.      Apa itu berfikiran positif? Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang lebih meluas dan bukannya hanya tertumpu pada pemikiran semata-mata. Ia merangkumi keseluruhan cara kita mengendalikan kehidupan kerana berfikiran positif bermaksud memberikan fokus kepada perkara-perkara positif yang berlaku berbanding perkara-perkara    negatif,    sentiasa berfikir yang baik-baik tentang diri sendiri dan bukanlah mengkritik diri sendiri, sentiasa berfikir yang baik-baik tentang orang sekeliling dan berurusan dengan mereka dengan cara yang positif serta sentiasa mengharapkan perkara yang baik-baik akan berlaku di sekeliling kita

Resepi Puding Marble

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum semua kawan2 blogger dan tetamu Aspirasi Ummi yang tak jemu2 berkunjung. Menu jamuan hari raya sekolah Danisha  tempoh hair ummi buat pudding marble. ITU sahaja yang Danisha  bawa ke sekolah, memandangkan kuih raya dah tinggal habuk. Resepinya ummi guna resepi ini. Bahan-bahan ( 8 - 10 orang ) 4 gelas air 3 biji telur 1 paket agar-agar serbuk (10 gm) 2 Gelas susu segar/ susu cair 3 sudu besar mentega/majerin 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco) 1 sudu besar tepung kastard 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas) Cara-cara Masukkan 4 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama men

Haziq Always The First!!

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Bismillah... Gambar ini diambil dalam kereta masa raya pertama, kami dalam perjalanan ke rumah emak mertua di Kampung Sempang Pantai,Merlimau..sedang mood beraya!! Ini Haziq atau abang ngah...seorang yang suka tersenyum, tapi suka juga mengamuk. lagak seperti boss dalam rumah. Apa yang dia mahu mesti dituruti. Kalau tidak menangis meraung kalau tak dapat. Tak susah nak lembut hati Haziq ni kalau kena gaya memujuknya. Boleh dikatakan juga " the first".  Ummi tak pasti ini ke sindrom anak ke dua. Terlalu berani dan advance. Haziq seorang yang berterus terang, segala keinginan yang dia mahu akan diluahkan segera. Tiada istilah gagal dalam diri Haziq. Mencuba tanpa rasa takut. Rezekinya murah juga , apa yang dihajati tak pernah tak dapat. Mungkin ayat power memujuk nak itu ini yang buat ayah cair. Boleh dikatakan serba lengkap dalam segala sudut. Apa- apa mesti dulu, makan mesti lebih, bangun tidur pun lebih dulu

Tips Bagaimana Bina Keberanian Dalam Diri Anak-Anak

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum..jumpa lagi di pagi Jumaat yang mulia. Penghulu segala hari. Moga hari ini kita dapat membuat sedikit kebaikan dan bersedekah. Alhamdulillah rasa segar sikit badan hari ini, setelah beberapa hari terkena serangan batuk selsema. Deria rasa dan bau masih belum pulih..mudah- mudahan Allah ampunkan segala dosa- dosa yang ada. Ummi masih lagi tercari- cari tips untuk dipraktikkan pada anak- anak ummi. Akhirnya terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Tengku  Asmadi. Tips bagaimana untuk bina keberanian dalam diri anak- anak. Antara tips yang di tulis sangat membantu. Moga menjadi panduan buat kita semua para ibu. Anak-anak yang berjaya di sekolah sama ada dalam pelajaran atau ko-kurikulum adalah mereka yang ada keberanian.  Berani mencapai kecemerlangan, bercakap di depan orang ramai, bergaul, bertanya apabila tidak faham, menjadi ketua, memegang jawatan, mewakili kelas atau sekolah dan sebagainya.  Apabila anak-anak menunjukkan kebe

Home Made Pizza - Ape-ape Aje

Teks: ZanariahKamal Bismillah.. Hari ini ummi sempat buat home made pizza yang gebu lembut macam dominos pizza tu..Alhamdulillah menjadi juga. Sebenarnya nak reward Afiq dan encik hubby yang sedang berpuasa enam. Bagi semangat dengan buat makanan kegemaran mereka. Pizza ni ummi buat guna bahan yang ada di dapur untuk topping tu..emergency boleh je nak makan pizza. Tak payah order dominos lagi. Kalau rajin...kalau malas tak jadilah jawabnya. Mari kita semak resepinya. Di sini ummi tuliskan 2 resepi kulit pizza. Pilihlah mana-mana berkenan di hati atau mengikut stok. Pizza base I, hasilnya sangat gebu dan lembut. Yang base kedua tu pun sedap juga, dibuat nipis2...nanti jadi krispi. Silalah mencuba jika berminat ye. Ummi mmg guna resepi yg dua ni je setiap kali nak buat pizza. Manakala toppingnya boleh ditukar mengikut selera dan citarasa. Kadang2  letak filling sate ayam atau seafood. Best sgt!  Pizza base I :  2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil yis segera mauripan 2 sud