Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Tercari-cari homestay murah di Kuala Lumpur?

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi Tercari-cari  homestay murah di Kuala Lumpur?  Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Universiti Malaya? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut. Anda boleh jimatkan wang anda. Menginap di Ummi Homestay. Sebut pasal homestay ini, saya mencadangkan singgah dan menginap di Ummi Homestay Pantai Dalam  . Service rumah pangsa 3 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Pantai Dalam berdekatan dengan Angkasapuri. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini. Apa yang menariknya nak cerita p emandangan dari depan Ummi HomeStay ialah Menara Rebung TM. Sekiranya anda datang dari jauh boleh lihat bangunan tersergam itu dari sini. Ummi Homestay masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan “guarded” membuatkan hati lebih terasa selamat

Teringin Nak Makan Mee Hailam Ini Resepinya

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirahnirrahim.. Tiba-tiba terasa tekak nak makan mee hailam. Selalu juga buat, tapi yang simple dan mudah. Hari ini terbayang- bayang mee hailam yang lengkap resepinya. Agaknya orang berpuasa kot, mengidam makanan entah apa-apa padahal makanan tu biasa- biasa aje. Resepi mi hailam yang lengkap tu seperti ini. Modal dalam RM10.00 boleh di makan sekeluarga. Teringat masa ummi demam hari tu, ummi tak boleh bangun memasak. Jadi mulalah pesan melalui mesej kat suami suruh cari mee hailam. Suami pun belikanlah untuk isteri yang demam masa tu. Terkejut ummi bila suami kata sebungkus mi hailam tu harganya RM6. Ada seekor udang, 2 potong sotong, sawi, jagung sayur, sedikit isi ayam dan sedikit lobak. Mahalnya, nak buat macam mana  dah order.  Jadinya untuk menjimatkan kos. Buat sendiri lebih puas hati, kebersihan pun terjamin. Jadi, hari ni ummi  buat mee hailam versi ummi. Resepi seperti di bawah. Mee Hailam Bahan bahan: 300 gm udang sederhana

Ummi HomeStay Sudah Dibuka Untuk Tetamu

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Alhamdulillah... Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Rezeki ummi dan keluarga dapat mengembangkan perniagaan keluarga. Alhamdulillah , pagi Jumaat yang mulia dengan rasminya Ummi HomeStay di buka untuk tetamu. Belum sempat ummi merakam foto- foto di dalam rumah. Baru sahaja siap mengemas dan membaik pulih keadaan rumah. Rumah pun sudah bersih dan kemas. Sudah bersedia untuk menerima tetamu. Alhamdulillah, ummi mendapat panggilan yang tak putus-putus sejak semalam. Rupanya ada program di Universiti Malaya. Mungkin ada yang tidak tahu di mana lokasi Ummi HomeStay. Sebenarnya sangat mudah nak cari. Terletak bersebelahan Lebuhraya NPE Pantai Dalam. Anda boleh lihat bangunan bewarna pink cream seperti dalam gambar ini. Lagi satu bangunan ini juga terletak bersebelahan dengan stesen minyak Petronas NPE. Sangat mudah bagi yang biasa di Kuala Lumpur. Bagi anda yang dari lu

Fruit Smoothie

Teks: Zanariah Kamal Foto : Carian Google Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum... Kali ini ummi sibuk memikirkan juadah untuk naikkan berat badan Fayyadh dan Danisha. Selera makan belum berapa pulih. Demam yang mereka alami telah menghilangkan selera makan. Beberapa menu dicuba, termasuk smoothie. Ummi kongsikan resipi untuk smoothie buah-buahan yang banyak manfaatnya. Smoothie ini boleh dijadikan sebagai minuman pagi setiap hari dan manfaatnya cukup hingga ke tengahari inshaAllah. Mari kita sama-sama lihat manfaat smoothie ini kepada tubuh badan kita.    Buah- buahan yang sesuai dibuat smoothie ni ada banyak. Kita boleh buat menggunakan buah yang senang dapat seperi pisang, tembikai, kurma, anggur, betik, strawberry, epal dan banyak lagi.  Manfaat Kesihatan daripada Smoothie Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda le

Mandi Ais Untuk Kesihatan

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Dulu selalu dengar orang cakap mandi ais. Terfikir macam mana rasa, sejuklah, nanti bertambah sakitlah. Boleh kena kejanglah, bermacam- macam bermain di fikiran. Bila saya dah alami pengalaman sendiri mandi ais, rupanya ternyata berbeza. Untuk kesihatan memang terbaik. Untuk kulit dan awet muda pun boleh juga dirasai. Tapi tujuan ummi mandi ais bukan untuk kecantikan tapi untuk merawat masalah saraf yang saya alami. Semoga Allah redha dan makbulkan niat saya untuk sihat sepenuhnya.  Sudah setahun mengalami masalah saraf, tiada siapa pun tahu apa yang ummi deritai. Hanya Allah tempat saya mengadu. Suamilah, yang banyak menyokong dan membantu memberi semangat. Sekarang masih lagi dalam sesi rawatan. Saya baru buat 2 kali mandian. Kalau nak tahu jomlah cuba rasa mandi ais. Di sinilah tempat ummi buat rawatan. Alamat di Seksyen 11 Shah Alam, Family Home Spa Ice Terapi. Ada seorang doktor yang akan diagnose masalah kita.  Dengar cerita pemili

Menabung Dengan Niat

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis. Hidup yang semakin indah dikelilingi anak-anak yang semakin membesar. Dalam pelbagai karenah dan ragam membuat ummi semakin kuat dan tabah. Ujian tetap datang, dengan ujian ini membuat ummi rasa bersyukur kerana ummi telah disedarkan oleh Allah. Ummi rasa insaf, dan rasa terlalu banyak dosa. Mungkin ini cara Allah menegur. Ummi redha atas segalanya. Tak lama lagi kita nak menyambut hari raya aidill adha, dengan nama lain raya haji. Tiap hari ramai saudara kita berangkat ke tanah suci Mekah. Ada juga kawan- kawan ummi yang masih muda dapat menunaikan haji pada tahun ini. Bila tengok teman- teman pergi menunaikan haji pada usia yang muda dan sihat, tiba- tiba hati terasa juga ingin ke sana. Mungkin juga boleh buat umrah dulu. Nak buat umrah nak pakai duit banyak juga. Dah ada simpanan ke? Bercakap mengenai ibadah Haji, ummi yakin dan percaya ramai umat Islam, tidak kira keluarga, rakan

Hidup Untuk Belajar Menghargai

Teks: Zanariah Kamal Foto :Koleksi Peribadi Bismillah.. Alhamdulillah. Syukur Fayyadh dan Danisha sudah nampak aktif semula. Demam sejak 6 hari yang lalu. Syukur setelah ujian darah dibuat menunjukkan bebas denggi. Ibu mana yang tak risau bila anak-anak tak sihat. Bermacam-macam ujian kita lalui dalam membesarkan anak. Semuanya kita kena lalui dengan positif dan redha. Hidup untuk  belajar menghargai. Namun apabila kita gagal benar-benar menghargai nikmat Allah (Asyik meminta sahaja) bagaimana mungkin kita mampu menghargai sesama manusia dan makhluk? Hidup untuk belajar menerima. Namun apabila kita gagal menerima ketentuan Allah, bagaimana kita mampu menerima kekurangan dan kelemahan sesama manusia dan makhluk? Hidup untuk belajar mendengar. Namun apabila kita asyik bercakap atau fikiran kita sentiasa berada dalam beta, berfikir termasuk hal yang tidak perlu (sentiasa mind-chat), bagaimana mungkin kita mampu mendengar? Bagaimana kita mampu menangkap pe

Belajar Berenang

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi Bismillah.. Aktiviti untuk anak sempena cuti sekolah bermula hari ini 13/9/2014. Biar gambar berbicara. Alhamdulillah Afiq dah pandai berenang. Haziq hampir pandai. Lagi 3 sesi pandailah tu. Ummi sedang mengumpul modal untuk membeli sut berenang. Yang lama dah tak muat. Insha Allah ada rezeki ummi belikan sut berenang yang baru. Undang-undang di kolam tak dibenarkan memakai pakaian basahan. Anak- anak berenang tanpa baju.

Donat Ball Inti Kastad Dan Donat Bersalut Coklat Untuk Danisha

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Atas permintaan Danisha nak donat sejak baik demam. Ummi pun buatlah ikut resepi yang ummi dapat ni. Alhamdulillah menjadi. Lembut lagi sampai pagi ni. Danisha minta donat coklat.  Terima kasih kepada yang  empunya resepi. Kepada ibu- ibu yang nak buat donat lembut dan sedap boleh ikut resepi yang ummi tulis ni. Ini bukan pertama kali ummi buat donat. Dah banyak kali dah. Hari ini hanya nak kongsi resepi je. Bahan-bahan  3 cawan tepung gandum  1 cawan air suam kuku  2 sudu besar mentega  6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)  3 sudu besar susu pekat manis  2 sudu kecil yis (jenama mauripan)  1 biji telur  Cara-cara   Cairkan mentega dan ketepikan.  Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.  Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.  Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.ka

Sabar Atas Ujian, Allah Kan Ada

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Assalamualaikum..berpagi- pagian dengan rasa syukur. Walau semalam tak cukup tidur sebab sembang dengan kawan. Membincangkan isu hangat. Positifkan minda, ceriakan hati dan tabah. Cabaran buat anak ummi Muhammad Afiq yang menduduki UPSR pagi ini dengan rasa tak berapa seronok. Hajat semua nak habiskan peperiksaan hari ini. Disebabkan ada insan yang tidak amanah , tidak jujur dan tidak bertanggung jawab membocorkan soalan periksa. Mata pelajaran sains ditangguhkan  pada 30 /9/2014. Afiq anak yang baik, jujur dan dedikasi, kuat usaha. Ummi akan selalu mendoakan Afiq. Walau sedikit air mata tumpah pagi tadi ketika ummi sampaikan berita tentang penangguhan kertas sains. Afiq nampak tidak berpuas hati. Teruskan usaha anakku. Kita dah berusaha, Allah yang akan menilainya. Semua yang berlaku dah tertulis. Ummi sayang Afiq sampai akhir nafas. Mood nak memujuk anak, beginilah bunyinya. Bagi semangat kat anak yang kecewa atas apa yang terjadi. Bersa

Cuci Dapur Dengan Cuka Masak

Teks: Zanariah Kamal Foto : carian Google Bismillah.. Assalamualaikum... Pagi- pagi ummi dah mula fikir nak buat apa sepanjang hari Ahad. Memandangkan suami pun takde, dan belum balik dari memancing di Port Klang. Selalunya pagi- pagi dah sampai. Tapi hari ni lambat pulak. Bila dah balik memang tak boleh nak ajak ke mana- mana, sebab nak ganti tidur malam semalam. Pagi ni ummi mencuci dapur dan peralatan memasak. Termasuk peti sejuk. Dah lebih 3 minggu tak mengemas dapur. Asyik sibuk je. Masak dan kemas ala kadar saje. Ummi memang simpan cuka masak dan baking powder di rumah. Selain digunakan untuk memasak ummi guna untuk mencuci peralatan dapur. Memang berkilat berkinyau orang Melaka kata. Campurkan cuka dengan sedikit air dan lap bahagian mana yang kita rasa nak lap. Lihatlah hasilnya memang mabeles. Bau hapak pun hilang. Apa  lagi ibu- ibu boleh mencuba. Sedap mata memandang dan hati pun berbunga je bila masuk dapur bersih.

Gundah Gulana!!

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum.. Semakin dekat, makin sibuk, makin debar hati ummi. Afiq jangan cakaplah kadang-kadang steady, kadang-kadang nampak risaunya. Macam gini  rasa hati ibu tatkala anak nak ambil periksa rupanya. Pertama kali mengalaminya. Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Termasuk ummi.  Ada juga suara-suara yang nampak macam tak meyokong pun ada. Ada juga yang menyokong. Yang tak sokong tu mulalah cakap, nak buat apa susah-susah baru UPSR. Tak payah belajar sangat ilmu dunia je tu.  Aduh!! Sakit juga hati ummi mendengarnya. Jika yang bercakap tu, anak tak pandai tak de lah ummi heran. Tapi boleh dikatakan separuh anaknya dah ke menara gading. Tak kan boleh ke universiti kalau tak belajar bersungguh-sungguh. Walau apa pun ummi  ada rasa nak tengok anak berjaya . Ummi akan bantu Afiq , beri tunjuk ajar apa yang ummi tahu. Selebihnya berserah pada Allah. Siang tadi Afiq suruh Ummi berpuasa pada hari peperiksaan nanti. Ummi kata

Resepi Chicken Chop Dan Sos Lada Hitam

CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM Bahan: 3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang 3 ulas bawang putih | kisar halus 6 inci halia | kisar halus 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar saus manis ABC 1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih Garam Salutan: 1 biji telur | kacau 2 sudu besar tepung gandum 100gm bread crumbs Cara: 1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais. 2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum. 3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. 4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu. 5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata. SOS LADA HITAM Bahan-bahan (ramai org boleh cicah) 2 sudu butter  1 1/2 sudu tepung gandum  sebiji bawang besar(potong dadu)  sebiji tomato (potong dadu)  seketul kiub ayam k

Anak Kita Adalah Diri Kita, Betul Ke?

Teks:Zanariah Kamal   Bismillah.. Salam Jumuah.. moga kita semua diberkati hari ini. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah hari ini ummi sempat juga nak menaip entri menggunakan komputer. Agak lama juga tak buka komputer ni sejak dah ada tablet.  Ummi terfikir juga berapa lama nak berkepit dengan tablet, kadang-kadang rasa tak selesa tangan terasa panas. Mungkin sebab radiasi atau apa. Ummi bukanlah arif sangat pasal tu. Sejak dua menjak tablet dah dikurangkan dan telah pun disorok dari Danisha dan Fayyadh. Jika tidak menghadap tablet saja mereka berdua. Ummi bimbang kesihatan mereka terganggu sebab guna benda tu. Entri hari ini tentang anak juga. Ummi baru habis baca sebuah buku motivasi bertajuk "Menangani Anak Bermasalah".  Ada satu bab yang best nak kongsi kat sini iaitu "Anak Kita Adalah Diri Kita". Rasa insaf juga bila dah baca ni. Selalunya bila anak buat perangai terus nak melenting, marah-marahkan nak. Tapi kita tida

10 Perkara Anak Perempuan Patut Tahu Apabila Usianya 10 Tahun

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Memiliki anak perempuan pasti berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja. Bagi kaum ibu, anak perempuan lebih dekat dengan mereka. Anak perempuan ini bagaikan cermin bagi diri mereka. Pasti boleh berkongsi minat yang sama, bakat yang sama dan pendapat yang sama. Bagai kawan baik!  Artikel ini sangat baik dijadikan rujukan. Ummi ambil dari blog http://www.bidadari.my/ . Ia ada kongsikan 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun. Penting bagi ibu bapa mengetahui perkara ini kerana bak kata pepatah, “pelajaran terbaik bermula dari rumah”. Ummi simpan sebagai rujukan buat ummi juga. Sebab ummi ada seorang anak perempuan yang baru 5 tahun usianya. 10 perkara patut anak perempuan tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun 1. Betapa anda menyayanginya Tidak kira sebanyak mana anda berselisih pendapat dengannya, segarang manakah anda atau sesibuk m