Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi kawasan riadah dan permainan Tasik Perdana Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah dua hari dapat buat senaman. Dah lama tak buat senaman ringan. Kerajinan saya datang secara tiba-tiba. Sejak perasan otot dah jadi lembik dan terasa letih sejak akhir-akhir ni. Rugi siapa yang malas bersenam tau. Banyak faedahnya untuk kesihatan diri terutama sekali. Sekarang saya tengah kempen kat suami supaya buat senaman dan joging semula. Ada banyak jenis senaman, jadi pilihlah yang sesuai dengan diri dan kemampuan kita. Senaman adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidu