Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku ( Ruang Tamu)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillah.. Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini. Masih lagi dalam mood mencari ilham deko rumah. Hasil carian saya jumpa contoh gambar hiasan deko yang menarik hati saya. Sebagai inspirasi saya simpan di blog untuk tatapan saya dan anda yang mungkin juga sedang mencari idea. Di bawah ini antara deko untuk ruang tamu yang kecil seperti rumah pangsa atau teres yang keluasan untuk ruang tamu agak kecil.. Jemput cuci mata ye.. yang dah dapat idea dan konsep bolehlah mencuba sekarang.   Yang dah

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku (Ruang Makan)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum, kepada yang sudi singgah di blog ini, terima kasih di ucapkan. Inilah blog tempat saya berkongsi rasa. Hari ini, macam biasalah tak de plan ke mana- mana. Hanya duduk di rumah melayan karenah anak-anak. Siap masak dan mengemas rumah ajar anak kecil saya membaca. Dah siap semua tu giliran saya pula menjengah fb dan blog kesukaan. Minggu ni saya sibuk memikirkan nak mendeko rumah comel saya di Melaka. Teruja juga nak ada rumah comel idaman hati. Semalam ralit tengok fb terjumpa gambar hiasan deko dari ruang makan, ruang tamu dan dapur. Semuanya saya suka. Sebelum tidur, membayangkan saya akan dapat apa yang saya nak. Insha Allah, kalau kita positif , pasang niat ada usaha lambat atau cepat kita akan dapat apa yang kita impikan. Ini antara impian saya... Tengok dulu ye gambar- gambar yang pasti memukau anda semua. Saya dah simpan lama dah hasrat nak mendeko rumah seperti ini. Insha Allah bila dah berpi

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan

Sekitar Majlis Kesyukuran Pada 30 Syawal bersamaan 15 Ogos 2015

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi 9 Ogos Ayad boleh discaj dari hospital setelah berkampung selama 14 hari di wad kk6 Pediatrik HKL bermula 27 Julai 2015 Tiada demam lagi dalam tempoh 24 jam setelah dicabut jarum Antibiotik dah complete masuk 2 jenis antibiotik ayad ambil Masa hari pertama admit hingga hari ke 4 Ayad ambil antibiotik untuk jangkitan kuman pada paru2. Hari ke 5 hingga mula ambil antibiotik untuk kuman dalam darah pula Semua antibiotik ikut line pada tangan. Antibiotik ini perlu di ambil 10 hari sebab doktor kata dalam darah ada kuman namanya morazela.. Ejaan tak berapa pasti hari ke 2 di hospital masih demam berehat menunggu nurse masuk ubat di tangan Ayad makin sihat dah berselera makan gambar terkini setelah keluar wad Hari ini 14 ogos Tepat jam 12 malam ayad demam lagi. Ummi basahkan seluruh badan Dengan harapan ayad cepat kebah Suhu 38.5, panasnya.. Dah pukul 4 pagi ayad nampak berpeluh Alhamdulillah.. Sebelah sia