Monday, 27 February 2017

Roti Gebu Gebas KakZana

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum. Sebenarnya nak masukan pic roti yang akak buat saje. Tahun 2016 memang tak sempat nak updated blog. Busy sikit. Akak busy dengan tugasan surirumah.

Busy busy pun akak sempat meembuat roti tau.
Alhamdulillah inilah hasilnya. Bila dah pandai buat roti rasa macam roti kita je yang sedap. Terlajak gembira rasa. Macam roti kat kedai tu dah tak sedap. Padahal sebelum pandai buat roti setiap hari simpan stok roti dirumah.

Dah banyak juga akak buat roti tempahan. Alhamdulillah mendapat sambutan. 

sekian entry akak untuk malam ni. Nak masuk tidur . Mata dah tak boleh nk buka dah ni.

Jumpa lagi !!!








Resepi Laksa Lemak Siam

Assalamualaikum wbt
Selamat malam. Masa akak updated blog ni dah malam. Tetiba teringat nak cari resepi laksa thai. Teringin sangat nak buat. Jadi akak copy n paste di sini supaya tak hilang.
akak ambil resepi di sini dari blog http://www.syahbinar.com/2017/02/laksa-lemak-thai.html

Tak sabar nak mencuba, Meleleh air liur akak tau..

Imej yang berkaitan



gambar akak pinjam sekadar hiasan saje.

Bahan-bahan:
Laksa jenis halus - rendam sekejap, kemudian rebus dan toskan
Sekilo ikan (Kembung/Selayang) - rebus bersama asam keping dan garam, ambil isinya, tumbuk/kisar halus. Air rebusan tu simpan bersama asam keping nya sekali. Tulang dan kepala ikan pula dikisar halus kemudian dicampur air dan ditapis. Simpan air tapisan tulang. 1 biji kelapa diperah santan - Kalau nak kuah lebih berlemak boleh tambah lagi kelapa
2-3 asam keping
5-6 daun limau purut


Bahan kisar:
4-5 ulas bawang besar
5-6 cili padi - ikut rasa pedas
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
Sedikit lada hitam (optional) - kalau nak tambahkan lagi rasa pedas


Bahan ulam:
Kacang panjang dipotong
Timun dihiris
Kobis dihiris
Taugeh (optional)
Betik/mempelam dihiris (optional)


Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi, sehingga naik bau.
Masukkan separuh santan cair.
Kemudian, masukkan air rebusan ikan bersama dengan isi ikan yang dikisar. Boleh tambahkan sedikit air.
Masukkan asam keping dan daun limau purut. Biarkan kuah mendidih.
Akhir sekali, masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula dan garam.
Kacau kuah, masak sehingga mendidih, jangan sampai pecah minyak pulak.


Wednesday, 22 February 2017

Pandangan Sudut Dalaman Homestay Barakah

assalamualaikum..
Anda mesti sedang mencari cari homestay sekitar Kuala Lumpur kan?
Kami ada menyediakan perkhidmatan homestay harga patut
Harga untuk satu malam RM 180 sahaja.
Pack untuk 6 orang @ sekeluarga jika lebih dari 6 orang dewasa kami caj RM10 seorang

beriminat boleh calling calling  atau wasap kami
Puan Rozita 014-2296967










Homestay Dekat Dengan University Malaya...

Mesti tengah cari homestay kan? Nak dekat dengan University Malaya (UM)
InshaAllah Ummi Homestay ada menyediakan perkhidmatan homestay


LOKASI:


UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila      KLIK DI SINI


LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN:


Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.  
Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT. 
Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti
Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ 
Berhampiran dengan Bangsar South, Universiti Malaya / Hospital, Mid-Valley, RTM dan lain-lain  
Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi.
Bangunan ini dilengkapi dengan lif.



KEMUDAHAN:

3 bilik tidur 
Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen 
Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan boleh di pisah menjadi single
Bilik 3 – Katil bersaiz single


KEMUDAHAN LAIN:

- 1 bilik mandi

- Set sofa

- Set meja makan

- Televisyen dan Astro

- Cermin dan almari di setiap bilik

- Telekung dan sejadah
- Peti ais, cerek elektrik
- Periuk nasi

- Kabinet dan dapur gas serta kemudahan perkakas masak

- Iron dan iron board

- Mesin basuh



MASA:

Check in - 2.00 PM

Check out - 12.30 PM



TEMPAHAN:

Bayaran semalam: - RM 180 (untuk sebuah rumah)

Maksimum 5 orang sahaja
Lebih dikenakan caj tambahan RM10 seorang dan  tidak melebihi 10 orang


Bayaran deposit sebanyak RM 50.00 (untuk pengesahan).

Bayaran sewa
 UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM
hendaklah dijelaskan sepenuhnya pada waktu daftar masuk (check-in).

Bank: MAYBANK 
A/C Name:Zanariah Kamal
A/C No: 1540 5331 0400
Dan juga bayaran terus pada pemilik

CONTACT DETAIL

Sekiranya berminat anda boleh menghubungi:

Pn.Zana~ 014-2375657
En. Aziz ~ 017-2304841

Email:
az1global@gmail.com





Idea Lagi, Jom Deko Kediaman Kita

Bismillah..
Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Petang hari ni tak de buat apa- apa sibuk mencari idea mendeko rumah.

Bukan apa nak bagi anak seronok dengan suasana baru. Mood nak pindah rumah dah ada, tapi rumah masih tak berseri. Maklumlah dah berbelas tahun tinggal gitu je..

Kini kami nak pulang dan tinggal di sana.

belum ada gambar tak sempat nak masuk, Next entry ye, Jumpa lagi!!!


Friday, 17 February 2017

Saturday, 11 February 2017

Rezeki




“Usah ditangisi rezeki yang belum ada, tapi tangisilah jika tidak bersyukur dengan kurnia yang ada. Ramai orang yang cemas tentang rezeki. Dalam keadaan cemas itu, dia tidak sedar dia masih hidup dan terus hidup dengan jaminan rezeki daripada Allah. Lihat janin dalam rahim ibu, sudah dijamin rezekinya meskipun dia tidak tahu apa-apa. Orang yang sakit, ada rezeki dengan ada tangan yang menyuap dan membawakan makanan. Orang yang tidak mampu makan, masih dapat infusi zat dan nutrisi melalui salur wayar di hospital.”

Alhamdulillah selalulah ucapkan syukur. Rezeki Allah tidak terbatas. Amat luas. Jemputlah dengan cara yang betul. Mudah-mudahan rezeki kita datang tanpa diduga. Yang penting keberkatan. Aamiin