Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum.. Pengalaman pertama kali bercuti bersama keluarga ada seronok dan tidak seronoknya. Apatah lagi kepada yang membawa anak-anak kecil. Maklumlah anak-anak mempunyai pelbagai ragam, daya tahan yang tidak kuat dan masih tidak mampu untuk mengurus diri sendiri. Cuti persekolah akan bermula tidak beberapa hari saja lagi. Ada ibu-bapa yang sedang merancang percutian. Kami sekeluarga pula akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Menghadiri walimah dan bersilaturahim dengan keluarga pengantin perempuan. Adik lelaki saya telah bertemu jodohnya di sana. Semoga perjalanan kami sekeluarga selamat dan dipermudahkan. Cerita pasal bercuti, kita sebagai ibu bapa jangan lupa persiapan sikecil. Jangan kerana dek kerana terlalu seronok bercuti dan berjalan jauh, kurang peka bahawa kita berada di tempat yang berbeza daripada kediaman biasa kita. Yang terjadi sebaik-baik kembali dari percutian , anak-anak jatuh sakit. Untuk mengelakkan hal itu b