Skip to main content

Cara Pemikiran Kunci Kejayaan Kita

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah...

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi berkongsi sesuatu untuk anda. Walaupun saya bukan seorang pakar motivasi, tatapi saya suka membaca buku motivasi. Di sini saya kongsikan ulasannya agar kita sama-sama dapat tambahkan nilai dalam kehidupan kita yang singkat ini. 

Semua orang ada impian dan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Tapi tahukah bagaimana cara dan apakah sikap-sikap seorang yang ingin berjaya? Sebenarnya semua kejayaan yang akan datang adalah bergantumg kepada cara pemikiran kita.

Saya suka nasihatkan anak sulung, yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Setiap hari perkara yang sama akan diulang supaya dia dapat membetulkan fikiran sebagai orang yang ingin berjaya. 

Kunci ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya berjodol "Think Like A Winner!". Pemikiran dapat menentu dan mencorak destinasi kehidupan seseorang individu. Kata-kata "engkaulah apa yang engkau fikirkan, terkandung dalam pemikiran" menunjukkan bahawa diri kita ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.

Setiap orang inginkan kejayaan. Dalam erti kata yang lain setiap orang inginkan "kemenangan" dalam kehidupan masing-masing. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan kita setiap hari telah membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu ke arah ?kekalahan"?

Setiap orang inginkan ianya dihormati, dipuji dan disanjung tinggi. Tetapi tahukah anda bahawa setiap hari diri kita ini dikeji dan dihina oleh kita sendiri! Bagaimanakah situasi ini berlaku?

Dalam sebarang tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian sama ada sebagai seorang pelajar, pekerja, peniaga dan sebagainya, sering kali kita berhadapan dengan situasi berikut yang merupakan punca ke arah "penghinaan" dan "kekalahan" diri.

* Mengelak atau menolak tugas. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan "tidak tahu" "tidak mahir" atau "tidak boleh". Perkataan "tidak" pada situasi di atas adalah merupakan perkataan yang membawa implikasi yang statik, bercorak negatif, serta tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan yang positif.

Perkataan-perkataan di atas yang dilahirkan oleh seseorang individu itu sebenarnya dengan secara tidak langsung cuba "membuka pekong di dada" masing-masing atau dengan lain perkataan cuma menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri. Perkataan "tidak" seharusnya ditukar kepada perkataan "ingin" yang lebih dinamik serta lebih menuju ke arah pemantapan dan pengukuhan diri dari aspek kepercayaan, keyakinan dan harapan terhadap potensi dan prestasi diri sendiri selagi tugasan yang diberikan itu tidak bercanggah dengan suruhan agama, etika kerja dan etika sosial .


Mengagongkan kebolehan orang lain. Menghargai kebolehan orang lain adalah sesuatu yang baik tetapi ada batasannya. Kadangkala akan terjadi di mana kerana terlalu mengagongkan kebolehan orang lain seseorang individu itu akan menyerah bulat-bulat sesuatu tugasan itu kepadanya dengan alasan?"dia lebih baik!?.dia boleh! dia pasti berjaya!." Maka oleh kerana kita mengatakan dia lebih baik, dia boleh dan dia pasti berjaya maka kata-kata itu menjadikan dia lebih bersemangat dan akhirnya berjayalah dia dalam tugasan tersebut.


Apakah yang terjadi pada kita? Tahukah anda setiap kali kita mengatakan .".dia lebih baikt?.dia boleh?..dia pasti berjaya?." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita "?.saya tak best??.saya tak boleh?.saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.

Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA

Anda mengubah kepercayaan anda,

Apabila anda mengubah kepercayaan anda,

Anda mengubah harapan anda,

Apabila anda mengubah harapan anda

Anda mengubah sikap anda,

Apabila anda mengubah sikap anda

Anda mengubah tindakan anda,

Apabila anda mengubah tindakan anda

Anda mengubah prestasi anda,

Apabila anda mengubah prestasi anda

ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran anda? Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!


Sekian,
Semoga Allah Sayang, Senyuman Itu Penawar
Zanariah Kamal

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b