Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Resepi Pie Apple Simple

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan aktiviti kesukaan iaitu menulis. Agak lama menyepi dari dunia bloger almaklumlah saya sibuk meroti. Saya dapat idea baru mengisi masa lapang dan mencari duit tepi. Syukur Alhamdulillah roti gebu gebas saya mendapat sambutan. Kini gigih membuat pie apple sejuk beku. Saya nak share resepi Pie Apple manalah tahu ada yang teringin nak membuat sendiri Resipi mudah, senang dan tak banyak karenah, seperti berikut.. BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-) 2 biji epal hijau 1 genggam cranberry kering (atau kismis) 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (jika tiada guna kulit kayu manis dah siap masak buangkan saje) 2 camca besar penuh gula perang 1/2 camca teh tepung jagung * 2 camca besar air * ( *disatukan dan kacau rata ) 2 camca besar penuh mentega 1/2 camca teh jus lemon (optional) Secubit garam BAHAN-BAHANNYA :-) 8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci) 1 kuning telur,