Skip to main content

Resepi Pie Apple Simple

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah..

Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan aktiviti kesukaan iaitu menulis. Agak lama menyepi dari dunia bloger almaklumlah saya sibuk meroti. Saya dapat idea baru mengisi masa lapang dan mencari duit tepi. Syukur Alhamdulillah roti gebu gebas saya mendapat sambutan.

Kini gigih membuat pie apple sejuk beku.

Saya nak share resepi Pie Apple manalah tahu ada yang teringin nak membuat sendiri


Resipi mudah, senang dan tak banyak karenah, seperti berikut..
BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering (atau kismis)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (jika tiada guna kulit kayu manis dah siap masak buangkan saje)
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 kuning telur, untuk menglis

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI EPAL :- 
  1. Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus lemon dan gaul rata, jika guna.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian..

UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :-
 Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar dibawah, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.

Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..



Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b