Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Sabarlah Wahai Hati!

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Menulis dan terus menulis. Mungkin di sini tempat meluahkan rasa hati. Luahkanlah dengan ikhlas, agar apa yang terbuku dalam hati dapat dirungkaikan. Jangan disimpan, mungkin akan menjadi lebih parah lagi.  Kita ni manusia , kalau tidak di uji bagaimana kita boleh mendapat apa yang dijanjikan Allah di akhirat sana. Hidup ini sayang, penuh ujian. Ujian kita tiada persamaan namun pengakhiran itulah yang akan dinilai Allah. Ingatkah kita, peringatanNya, tiada teruji iman seseorang andai belum diduga. Jangan dikata kita beriman, andai tewas perasaan, dihina keyakinan, disisih ketaqwaan. " Wahai wanita beriman apabila diuji, akan kembalikan hati dan keyakinan kepada Pemberi ujian. Ketika itu dia akan berserah penuh pergantungan dan tentu berhikmah ujian yang datang. Jika tidak di dunia sana menanti penuh simpati, penuh janji. " Kadang- kadang kita rasa terlalu berat ujian ini, tapi ketahuilah, "Allah tidak akan membebani seseor

Resepi Asam Pedas Ikan Duri Terbaik!

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah.. hari ini baru berkesempatan menulis dalam blog kesayangan ini. Maklumlah sibuk dengan urusan kedai. Rasa macam nak pitam bila terkejar-kejar dari KL ke Melaka setiap hujung minggu. Penat usahlah cakap. Tapi ada pepatah kata, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Kedai  sepatutnya mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan Mei. Atas faktor-faktor dan masalah teknikal kami mulakan juga operasi dalam keadaan serba kekurangan. Mudah-mudahan selepas ini kami dapat memenuhkan kedai kami dengan pelbagai produk  dan menepati citarasa dan keperluan orang ramai. Baru-baru ini, saya dapat makan asam pedas ikan duri yang emak masak. Sedap sangat, tak berubah rasa masakan emak sejak kami kecil lagi. Memang saya suka apa saja yang emak masak. Kalau asam pedas memang bertambahlah saya dan anak-anak makan.  Sambil menyuap nasi ke mulut, sempat bertanya emak resepinya. Emak kata macam biasa cuma asam dengan ramuan kena cukup jangan