Skip to main content

Sabarlah Wahai Hati!

Teks: Zanariah Kamal


Bismillah...

Menulis dan terus menulis. Mungkin di sini tempat meluahkan rasa hati. Luahkanlah dengan ikhlas, agar apa yang terbuku dalam hati dapat dirungkaikan. Jangan disimpan, mungkin akan menjadi lebih parah lagi. 

Kita ni manusia , kalau tidak di uji bagaimana kita boleh mendapat apa yang dijanjikan Allah di akhirat sana. Hidup ini sayang, penuh ujian. Ujian kita tiada persamaan namun pengakhiran itulah yang akan dinilai Allah.

Ingatkah kita, peringatanNya, tiada teruji iman seseorang andai belum diduga. Jangan dikata kita beriman, andai tewas perasaan, dihina keyakinan, disisih ketaqwaan.

" Wahai wanita beriman apabila diuji, akan kembalikan hati dan keyakinan kepada Pemberi ujian. Ketika itu dia akan berserah penuh pergantungan dan tentu berhikmah ujian yang datang. Jika tidak di dunia sana menanti penuh simpati, penuh janji. "

Kadang- kadang kita rasa terlalu berat ujian ini, tapi ketahuilah, "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah 286


Pernah juga terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi. Mengapa? 
Jawapannya, " Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" Ali Imran 139

"... Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sebenarnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" Yusuf 87

Astaghfirullah....

Bagaimana harus kita hadapi semua ini?
Jawapannya; " dan mintalah pertolongan ( kepada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali pada orang yang khusyuk" Al- Baqarah 45

Dan yang terakhir sekali, berdoalah minta pada Allah banyak- banyak jangan jemu. 
"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain daripada- Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."

Sedikit perkongsian untuk mengubati hati kita yang kadang- kadang terluka dengan sikap- sikap manusia disekeliling kita. Keberkesanannya juga bergantung pada diri sendiri.

Antaranya ialah:

#Latih minda melupakan kenangan pahit. 
Bunyinya senang tetapi memerlukan kecekalan. Mulai hari ini, ki harus bertekad melupakan sebanyak mungkin. Bulatkan azam untuk fokus pada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, pertingkatkan ilmu dan apa sahaja elemen yang berpotensi untuk membahagiakan.

#Buang sikap risau
Ada dua kesan dari sikap risau ini, pertama ia menarik nasib tidak baik tanpa dipinta dan kedua dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau membuatkan kita menjadi sedih dan kecewa. Untuk membuang sikap itu, belajarlah untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi. Ingatlah Allah dan kenangkan segala pemberian indah yang pernah kita dapat.

** bersambung lagi entri seterusnya***






Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b