Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Mencari Ketenangan.. Bagaimana caranya?

Teks : Zanariah Kamal Bismillah... Assalamualaikum.. Buat anda yang sedang membaca blog ini diucapkan terima kasih. Didoakan anda sentiasa gembira dan dalam keadaan yang tenang. Petang-petang ni rasa tergugat sikit ketenangan. Sudah 3 hari anak tak dapat hadir ke sekolah sebab jerebu teruk. Makluman terkini esok hari Khamis bersamaan 22 Oktober juga akan bercuti. Jerebu yang melanda negara kita masih belum nampak berkurangan. IPU sekarang dalam keadaan yang tidak sihat.  Apa yang meragut ketenangan kita hari ini. Mungkin disebabkan jerebu, masalah nak-anak, jiran-jiran, pekerjaan dan macam-macam lagi. Dengan fenomena sekarang ni, bimbang anak kecil yang lemah antibodinya, menghirup udara yang tidak sihat. Allah nak menguji hambanya memandang fenomena ini sebagai satu peringatan. Supaya kita semua bersatu-padu berdoa sungguh-sungguh minta jerebu ini pulih sedia kala.  Saya tak mahu cerita panjang, marilah kita bersama-sama mencari ketenangan hati dengan formula-for

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2015 Haziq...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Gambar Anakanda Afiq ketika Majlis Graduasi Dan Kecemerlangan 2014 Anakanda Haziq dan Harazz di KG Jawa Melaka Bismillah, salam Isnin yang ceria. Moga hari ini hari yang lebih istimewa untuk kita. Segala perbuatan kita dan ucapan kita sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Buang sikap ego, buang sikap negatif, buang sikap mahu mencari kehebatan diri, buang sikap mahu mencari kelemahan orang lain. Sentiasalah basahlah lidah dengan zikir dan istighfar. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Aamin. Sebelum saya berleter macam ustazah, saya sebenarnya nak mengucapkan selamat menduduki UPKK buat anakanda Haziq. Hari ini kertas ke 2. Sebenarnya dah bermula pada Khamis lalu.  Tarikh sebenarnya 5hb Oktober 2015. Tapi disebabkan masalah jerebu yang melanda negara kita pada tahap yang tidak sihat, semua sekolah di arahkan tutup. Jadi 8hb Oktober 2015 anakanda Haziq menjawab kertas Lughatul Quran (bahasa Arab) Ummi doa

Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

Teks : Zanariah Kamal Foto :Koleksi peribadi Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah, syukur hari ini dapat lagi berkumpul dengan anak-anak. Anakanda Afiq dapat pelepasan keluar asrama untuk membuat kerja Folio Sejarah. Seperti biasa saya akan mencari idea kudapan untuk anak-anak masa cuti supaya mereka gembira. Saya akui anak-anak saya suka makan dan kuat makan sekarang ni. Apa sahaja yang saya buat pasti habis.  Hari ini saya buat puding karamel. Agak menjadi jugaklah.. Kalau dulu kalau buat asyik terkeras dan menggerutu. Alhamdulillah hari ini menjadi. Seperti biasa nak kongsi resepi mudah  Bahan-bahan 5 biji telur gred A 4 sudu susu pekat manis ( bancuh dengan segelas air sejuk) sedikit esen vanila Bahan Untuk karamel 3 sudu besar gula 5 sudu air ( masak atas api perlahan hingga bertukar gelap warna gula) sudah siap tuangkan ke dlam loyang dan ratakan. Biarkan ke tepi Masa untuk sediakan bahan puding Pukul telur dengan perlahan jangan sampai kembang. M