Skip to main content

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2015 Haziq...

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi


Gambar Anakanda Afiq ketika Majlis Graduasi Dan Kecemerlangan 2014

Anakanda Haziq dan Harazz di KG Jawa Melaka

Bismillah, salam Isnin yang ceria. Moga hari ini hari yang lebih istimewa untuk kita. Segala perbuatan kita dan ucapan kita sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Buang sikap ego, buang sikap negatif, buang sikap mahu mencari kehebatan diri, buang sikap mahu mencari kelemahan orang lain. Sentiasalah basahlah lidah dengan zikir dan istighfar. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Aamin.

Sebelum saya berleter macam ustazah, saya sebenarnya nak mengucapkan selamat menduduki UPKK buat anakanda Haziq. Hari ini kertas ke 2. Sebenarnya dah bermula pada Khamis lalu.  Tarikh sebenarnya 5hb Oktober 2015. Tapi disebabkan masalah jerebu yang melanda negara kita pada tahap yang tidak sihat, semua sekolah di arahkan tutup. Jadi 8hb Oktober 2015 anakanda Haziq menjawab kertas Lughatul Quran (bahasa Arab)

Ummi doakan Haziq dapat menjawab dengan baik. Diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan. Haziq boleh, jadikan Abang Long sebagai contoh. Ummi tak ada janjikan hadiah apa-apa. Tapi Ummi nak Haziq rasa bagaimana perasaan Haziq naik ke pentas untuk terima hadiah kecermelangan nanti. Rasai sendiri seperti mana Abang Long dah laluinya. 

Ummi dan ayah hanya boleh mendoakan yang terbaik. Selebihnya atas usaha Haziq sendiri. 


Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b