Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum .. Lama juga saya tak jengah blog. 2 hari lagi kami akan sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 15 iaitu pada 21 Mac 2016
Syukur Alhamdulillah kerana tak sangka dah 15 tahun kami menyulam cinta bersama dan di kurniakan 5 orang cahaya mata pengikat kasih.. Muhammad Afiq, Muhammad Haziq, Muhammad Harraz, Izz Nur Danisha dan yang bongsu koret Atif Fayyadh.
Rasanya memang suami tak ingat kot tarikh keramat ini. Tapi tak mengapa biasalah kan suami yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kami bukanlah pasangan yang romantik yang nak candle light dinner romantik2 bagai sebab anak-anak dah berderet tentu kecoh sikit masa makan nanti. Dalam hati sebenarnya teringin begitu.Hehe.. Naluri wanita kan. Tapi tak mengapa takde semua tu.
Yang penting bagi saya kejujuran, kesetian, tanggungjawab yang diberikan pada kami sudah cukup untuk dikenangi dan disyukuri. Nak bagi uacapan sikit untuk en suami tersayang.. kot-kot abang baca

Ucapan buat kekasih hati :
Terima kasih abang kerana sentiasa menyayangi diri ini.. terimakasih kerana sentiasa ingin menjadi yang terbaik buat sayang dan family..
di harap abang juga menerima segala kekurangan yg ada pada diri ini..
terima kasih jugak sebab selalu redha dan menjadi pendengar setia sayang. Lagi satu terima kasih sebab sabar dengar bebel sayang bila dah penat dengan anak-anak.
terima kasih kerana selama ini sudi menjadi tempat sayang luahkan perasaan
terima kasih kerana membimbing sayang dan anak-anak , terima kasih kerana banyak hadiahkan buku2 yang best2
terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga tercinta
Sayang doakan abang sentiasa dalam rahmat Allah S. W. T dan sentiasa dalam Redha Ilahi . Segala kebaikkan abang Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Semoga rumahtangga yg kita bina sentiasa di bawah rahmat Illahi, di berikan kebahagiaan, di murahkan rezeki oleh-Nya..
terima kasih yang tak terhingga kerana memahami sayang dan anak-anak
(tengah menaip ni tiba-tiba dalam kepala terlintas nak buat pulut kuning pulaklah.. yelah asyik kek je kita tukar menu .. ok tak?)
Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah
memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan
lah nikmat
Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia
dan di
akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah
rasa
cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan
Khadijah Al
Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan
Fatimah Az
Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi
kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami
dan
istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan
dikala
jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia,
saling
mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan
dalam
peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami
dengan
menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti
ketaatan kami
kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan
kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang
membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau
redhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di
antara kami,
pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan
keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan
yang
tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami,
penglihatan
kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami
termasuk
golongan orang-orang mukmin.
Buat kawan-kawan, doakan kebahagiaan kami ye.. Amin..Terima atas doa kalian semua.
Post awal 2 hari sebab saya pasti lepas ni saya tak dapat menghadap blog lagi.
Comments
Post a Comment