Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Resepi Puding Kastad Mabeles Sukatan Cawan

Bismillahirahmanirahim Hai .. Assalamualaikum lama tak bersiaran. Alhamdulillah berkesempatan meng update blog. Al maklomlah akak sibuk sikit sejak akhir akhir ni. Baru-baru ni akak ada buat lagi puding kastad. Anak2 suka sangat. Resepi olahan sendiri. Selalunya orang buat kastad keras kan, akak tak berapa gemar yang keras2 akak suka yang goyang goyang. Nak resepi tak? Mestilah nak kan. Sediakan bahan2 ye 1 cawan tepun kastad* 3/4 cawan gula* 1 cawan santan* secubit garam * 3 cawan air* 1 tin jagung cream sesudu butter ok. Caranya Masukan bertanda * dalam periuk kacau dan larutkan semua bahan supaya sebati Kemudian letak atas dapur api kecil sentiasa kacau supaya tak berketul. Biar masak sekata Anggaran 20 minit masukkan cream jagung dan butter kacau lagi sehingga masak. tau tak macm mana nak pastikan kastad dah cukup masak caranya ia kelihatan berkilat dan likat. tutup api, kemudian masukkan dalam acuan. Bila dah sejuk siman dalam peti sejuk nak kasi di

Roti Gebu Gebas KakZana

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum. Sebenarnya nak masukan pic roti yang akak buat saje. Tahun 2016 memang tak sempat nak updated blog. Busy sikit. Akak busy dengan tugasan surirumah. Busy busy pun akak sempat meembuat roti tau. Alhamdulillah inilah hasilnya. Bila dah pandai buat roti rasa macam roti kita je yang sedap. Terlajak gembira rasa. Macam roti kat kedai tu dah tak sedap. Padahal sebelum pandai buat roti setiap hari simpan stok roti dirumah. Dah banyak juga akak buat roti tempahan. Alhamdulillah mendapat sambutan.  sekian entry akak untuk malam ni. Nak masuk tidur . Mata dah tak boleh nk buka dah ni. Jumpa lagi !!!

Resepi Laksa Lemak Siam

Assalamualaikum wbt Selamat malam. Masa akak updated blog ni dah malam. Tetiba teringat nak cari resepi laksa thai. Teringin sangat nak buat. Jadi akak copy n paste di sini supaya tak hilang. akak ambil resepi di sini dari blog  http://www.syahbinar.com/2017/02/laksa-lemak-thai.html Tak sabar nak mencuba, Meleleh air liur akak tau.. gambar akak pinjam sekadar hiasan saje. Bahan-bahan: Laksa jenis halus - rendam sekejap, kemudian rebus dan toskan Sekilo ikan (Kembung/Selayang) - rebus bersama asam keping dan garam, ambil isinya, tumbuk/kisar halus. Air rebusan tu simpan bersama asam keping nya sekali. Tulang dan kepala ikan pula dikisar halus kemudian dicampur air dan ditapis. Simpan air tapisan tulang. 1 biji kelapa diperah santan - Kalau nak kuah lebih berlemak boleh tambah lagi kelapa 2-3 asam keping 5-6 daun limau purut Bahan kisar : 4-5 ulas bawang besar 5-6 cili padi - ikut rasa pedas 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai Sediki

Homestay Dekat Dengan University Malaya...

Mesti tengah cari homestay kan? Nak dekat dengan University Malaya (UM) InshaAllah Ummi Homestay ada menyediakan perkhidmatan homestay LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik   untuk tinggal di   KL.     Kemudahan pengangkutan awam spt bas  dan   LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat   Bandar   KL,   PJ  Berhampiran dengan   Bangsar   South , Universiti  Malaya /   Hospital , Mid- Valley,  RTM   dan   lain-lain     Perkhidmatan 24   jam   keselamatan   dan tempat letak kereta   yang mencukupi. Bangunan ini   dilengkapi   dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan boleh di pisah menjadi single Bilik 3 – Katil bersaiz single KEMUDAHAN LAIN: - 1 bilik

Rezeki

“Usah ditangisi rezeki yang belum ada, tapi tangisilah jika tidak bersyukur dengan kurnia yang ada. Ramai orang yang cemas tentang rezeki. Dalam keadaan cemas itu, dia tidak sedar dia masih hidup dan terus hidup dengan jaminan rezeki daripada Allah. Lihat janin dalam rahim ibu, sudah dijamin rezekinya meskipun dia tidak tahu apa-apa. Orang yang sakit, ada rezeki dengan ada tangan yang menyuap dan membawakan makanan. Orang yang tidak mampu makan, masih dapat infusi zat dan nutrisi melalui salur wayar di hospital.” Alhamdulillah selalulah ucapkan syukur. Rezeki Allah tidak terbatas. Amat luas. Jemputlah dengan cara yang betul. Mudah-mudahan rezeki kita datang tanpa diduga. Yang penting keberkatan. Aamiin