Skip to main content

Resepi Asam Pedas Ikan Duri Terbaik!

Teks : Zanariah Kamal


Bismillah..
Alhamdulillah.. hari ini baru berkesempatan menulis dalam blog kesayangan ini. Maklumlah sibuk dengan urusan kedai. Rasa macam nak pitam bila terkejar-kejar dari KL ke Melaka setiap hujung minggu. Penat usahlah cakap. Tapi ada pepatah kata, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Kedai  sepatutnya mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan Mei. Atas faktor-faktor dan masalah teknikal kami mulakan juga operasi dalam keadaan serba kekurangan. Mudah-mudahan selepas ini kami dapat memenuhkan kedai kami dengan pelbagai produk  dan menepati citarasa dan keperluan orang ramai.

Baru-baru ini, saya dapat makan asam pedas ikan duri yang emak masak. Sedap sangat, tak berubah rasa masakan emak sejak kami kecil lagi. Memang saya suka apa saja yang emak masak. Kalau asam pedas memang bertambahlah saya dan anak-anak makan. 

Sambil menyuap nasi ke mulut, sempat bertanya emak resepinya. Emak kata macam biasa cuma asam dengan ramuan kena cukup jangan kurang.

Saya tuliskan di sini, supaya resepi ini dapat dikongsikan dengan semua suri yang suka masak. Mungkin juga anak dara saya yang seorang ni suatu hari nanti nak belajar masak dan boleh rujuk di blog umminya.

 Hasil carian imej untuk gambar asam pedas ikan duri

Resepinya seperti di bawah ye..

Bahan-bahan


1 kilo ikan duri (dibersikan dan dipotong)
Daun kesum jika suka boleh letak
 Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit jintan manis, jintan putih,  - tumbuk
Sedikit halba
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan jika suka

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis halba bahan-bahan yang dikisar bersama jintan sehingga garing.

Masukkan ikan,. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ikan masak.
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan perasa. Gaul sebati.

Tambahkan air secukupnya.

Akhir sekali, tunggu sehingga ikan masak serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. 

Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi puti.
Selamat mencuba. 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...