Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal
Foto : tablet lenovo




Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil.

Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang

Bahan-bahan Cucur Udang:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera (mauripan)
1 genggam taugeh
Daun kucai
7-8 ekor udang saiz kecil
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung.
Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan naik kerana sifat garam yang boleh membantutkan proses yis untuk mengembang. * jika ingin mengadunnya sekali gus, jauhkan garam dengan yis semasa dalam bekas untuk membancuh.
Biarkan adunan naik hingga dua kali ganda.
Selepas itu, barulah masukkan taugeh, dan daun kucai.

Masukkan udang dan garam. Kacau rata. Biarkan bancuhan tepung mengembang 2 kali ganda dari asal.
Goreng dalam minyak yang panas. Gunakan sudu atau senduk kecil untuk mencedok. Apabila cucur kelihatan mengembang dan mengeras sedikit dalam kuali, kecilkan api. Ini untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan isi yang lembut. Masak hingga garing kekuningan.


Bahan-bahan Kuah Kacang :
1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
1 batang serai
2 ulas bawang merah
2-3 jemput udang kering
Sedikit halia
2-3 sudu besar cili kisar
2 keping gula melaka
Air
Garam
Air asam jawa
Sedikit minyak


Cara-cara:
Tumbuk bawang merah dan halia. Tumis bersama cili kisar hingga garing.
Masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus.
Bila sudah naik bau,

.
 ** Cucur udang ini juga sedap dimakan bersama kuah lada
Resepi Kuah lada
Bahan-bahan
4 sudu cili kering kisar
2 sudu sos cili
2 ulas bawang putih di tumbuk
gula dan garam secukup rasa
Secawan air
sesudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara :
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung kedalam periuk. Renehkan di atas api. Setelah agak masak masukkan tepung jagung. Perasakan dengan gula dan garam.

Comments

Popular Posts