Skip to main content

Cerpen: Diari Ramadhan Saffiah

Teks : Zanariah Kamal

Cerpen : Diari Ramadhan Saffiah Episod 1#

Abang, tahun ni sayang nak tema baju raya warna merahlah. Ujar Saffiah kepada suaminya Halim yang sedang bersiap sedia mengenakan kopia untuk ke masjid mendirikan solat sunat terawih. Boleh je yang, awak nak apa saja boleh. Tapi duit untuk beli pakaian belum ada lagi. Abang nak kumpul duit untuk bayar zakat fitrah dan selesaikan hutang bank yang tertunggak dulu. Halim memang seorang suami yang baik. Tutur katanya selalu buat hatinya gembira. Tak pernah rasa nak marah pada Saffiah walaupun kadang kala sikap Saffiah yang keanak- anakkan. 

Takpelah bang, ada rezeki nanti kita beli baju ikut temalah ye, kuih raya sayang dah beli bahan-bahan sikit-sikit guna duit sayang simpan. Duit yang abang beri dan duit jualan baju muslimah sayang ada simpan. Dalam hati Saffiah sedikit terkilan, bila suami kata belum ada duit. Saffiah seorang yang sensitif tapi tidak cerewet kerana memahami keadaan suami yang banyak tanggung jawab dan berpendapatan rendah.

Kita ni orang susah yang, kata suami. Yelah bang, sayang faham. Lagi pun baru empat hari berpuasa, awak sabarlah ye. Tak perlulah kita ikut-ikutkan sangat trend sekarang, kita pakai yang ada dan ala kadar sahaja kata si suami. Baiklah bang. Hati Saffiah seolah tidak setuju dengan kata-kata suaminya. Setelah Halim ke masjid Saffiah terlalu sedih lalu menangis kerana keinginannya tidak dapat ditunaikan. Menangislah Saffiah sehingga tertidur seperti anak kecil dengan sedu-sedan.

Tiba-tiba pintu di ketuk, assalamualaikum ummi, ummi, adik dah balik ni. Terus terjaga dari tidur, lihat jam di dinding menunjukkan baru pukul 11;00 malam. Rupanya suami dan anak pulang dari masjid. Dalam keadaan yang seram sejuk, lemah gemalai Saffiah melangkah ke pintu dan terus membuka pintu.

Saffiah terus ke katil untuk menyambung tidur semula. Tapi entah macam mana matanya tidak mahu lelap sehingga pagi. Badan terasa amat sakit, sejuk menggigil biar pun diselimuti selimut tebal. Dalam hatinya hanya mampu menyebut Allah.. Allah.. sakitnya ya Allah..

Yang, awak kenapa ni, badan awak panas sangat. Demam ke?.Tanya Halim. Entahlah bang, sakit sangat rasa macam nak mati, sayang tak pernah rasa macam ni. Abang tolong jerangkan air. Sayang tak boleh bangun nak sediakan sahur anak-anak. Bergegas si suami ke dapur memasak air. Berlinangan air mata Saffiah memikirkan anak-anak nak berpuasa tanpa makananan berat. Ya Alah semoga anakku dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu berpuasa sepanjang hari. Aku tak mampu bangun Ya Allah, sakit sangat badan ku ini, Saffiah lantas berdoa dalam linangan air mata yang gugur macam hujan. Laju selaju lajunya. Apakah dosaku ya Allah. Ujian apa yang sedang aku lalui ini. Ampunkan dosaku ya Allah.

Tiba-tiba seluruh badan Saffiah kebas, tenaga memang tiada. Tak mampu melangkah untuk ke bilik air. Abang macam mana sayang nak solat, boleh tolong papah sayang ke bilik air. Dengan wajah yang hiba mungkin Halim yang terlalu risau keadaan Saffiah menurut sahaja dan  memapah terus ke bilik air. Muka Halim kelihatan sedih dan bimbang. Dengan tenaga yang ada, Saffiah gagahkan jua melangkah ke bilik air. Seusai mengambil wudhuk Saffiah terus mendirikan solat zohor.

Abang, sayang rasa macam nak pengsan nak bernafas pun susah ni. Macam ada yang menjalar ke seluruh tubuh sampai ke kepala sayang. Awak kenapa ni, abang risaulah macam ni. Jom siap-siap kita ke hospital terus. Saffiah akur kerana keadaannya yang semakin teruk, mana mungkin ia mampu duduk di rumah. Dalam kepalanya memikirkan anak-anak yang masih kecil. Aku nak sihat , nak sembuh seperti dulu bentak Saffiah dalam hati. 

Mereka dikurniakan 5 cahaya mata. Kesemuanya berusia  1 hingga  11 tahun.

Anak aku masih kecil siapa yang akan menjaga mereka jika apa-apa terjadi padaku suatu hari nanti. Fikiran Saffiah ligat memikirkan anak-anak.

Dalam perjalanan ke hospital dengan membawa dua lagi anak kecil mereka yang belum bersekolah iaitu Adam dan Qalisya, tiba-tiba Halim bertanya macam mana dengan anak kita yang lain. Sekejap lagi mereka akan pulang dari sekolah. Siapa yang akan mengambil mereka. Suasana agak mendung. Sekejap lagi hujan turun dengan lebat. Mana mungkin kita biarkan anak kita berjalan kaki pulang dari sekolah. Bagaimana pula anak kita nak berbuka puasa nanti. Takpelah bang, jawab Saffiah, kita patah balik ambil anak di sekolah. Saffiah menahan rasa takut dan kesakitan yang di alami. Kebas-kebas yang macam semut-semut masih lagi belum hilang.

Awak ok ke, boleh bertahan tak? Tanya Halim. Boleh bang, InSha Allah.. Dalam fikiran Saffiah hanya ada wajah anak-anaknya sahaja. Walau apa pun yang terjadi Saffiah ingin bersama anaknya.

Sejam kemudian..di lobi kecemasan PPUM

Encik tolong isteri saya lemah sangat tu, ada dalam kereta. Isteri Encik boleh berjalan tak? Saffiah curi-curi dengan perbualan suaminya depan pintu masuk kecemasan. Dua orang petugas datang kepada Saffiah dengan membawa kerusi roda. Puan boleh gerak tak, atau nak kami angkat. Takpe saya boleh jalan. Jawab Saffiah. Baiklah cuba bangun dan duduk atas kerusi roda. Saffiah bangun dengan kudrat yang ada. Atif dan Qalisya menangis nak ikut ummi, nak ikut ummi. Abang long menahan sebak melihat adik menangis sambil memujuk Adam dan Qalisya.

Saffiah di hantar ke bilik rawatan. Dalam keadaan yang teramat sakit itu Saffiah di tenteramkan seorang jururawat yang baik, lembut tutur katanya. Puan, puan mengucap puan, istighfar banyak-banyak. Jangan banyak berfikir puan. Puan buka mata ye, jangan tutup mata. Masing-masing menjalankan tugas.

 Yang pertama sekali mereka cek ialah degupan jantung dan nadi. Kemudian mengambil tekanan darah. Puan, puan rasa macam mana sekarang? Rasa kebas yang macam mana. Saffiah pun memberitahu apa yang dia rasa. Tak mengapa puan, sekarang puan bertenang ye. Istighfar banyak-banyak. Kami akan buat pemeriksaan dulu ke atas puan. Sekarang saya nak tanya, puan rasa kebas di tahap yang macam mana? Jika ada sepuluh puan rasa yang macam mana. Satu hingga sepuluh. Satu kebas sikit, sepuluh paling kebas. Binggung Saffiah memikirkan jawapan untuk memberitahu jururawat. Saya rasa kebas menjalar-jalar diseluruh badan rasa sepuluh. Puan boleh tak puan ceritakan apa yang terjadi. Jururawat inginkan kepastian. Saffiah rasa tak mampu menceritakan apa yang terjadi. Yang pastinya saya demam kuat, jawab Saffiah. Dah ambil ubat? Sudah, tapi tak kebah, badan makin panas.

Saffiah diberi arahan untuk membuat pendaftaran di kaunter. Siap mendaftar, seorang wanita yang menjaga kaunter mengarahkan Saffiah untuk menunggu di ruangan menunggu depan bilik doktor. Nombor giliran diberi. Tunggulah hingga jam 11 malam baru nombor dipanggil. Anak-nak kesemuanya keletihan. Yang berbaju sekolah dan masih belum mandi walaupun jam sudah larut malam. Kasihannya anak-anakku Ya Allah, mereka semua terpaksa susah kerana keadaan diriku ini. Saffiah merintih dlam hati. Saffiah nekad dan tunjuk kuat kerana tidak mahu di tahan di wad.

Di dalam bilik doktor...

Puan, rasa macam mana sekarang. Saya rasa sakit seluruh badan, jawab Saffiah. Saffiah berharap sangat jawapan doktor boleh menghilangkan dan menenangkan perasaannya yang sangat takut.Saffiah kuat sebab nak cepat siap proses rawatan. Kerana Saffiah tahu anak- anak sudah kepenatan di luar.

Puan, kita ambil darah sikit ye. Saffiah angguk. Keputusan darah akan keluar dalam masa 2 jam. Aduh!! Saffiah terkejut. Lamanya doktor. Anak saya ada di luar. Mereka dah kepenatan. Kami berada di sini sejak petang tadi. 

Doktor memberi Saffiah pulang ke rumah. Datang semula dalam masa 2 jam. Saffiah akur dan pulang ke rumah jam 12 malam. Jam 2 pagi akan ke hospital semula.

Bermulalah episod baru buat Saffiah dan Halim...

Bersambung lagi dalam episod 2#



Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b