Skip to main content

Sekitar Majlis Kesyukuran Pada 30 Syawal bersamaan 15 Ogos 2015

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi

9 Ogos Ayad boleh discaj dari hospital setelah berkampung selama 14 hari di wad kk6 Pediatrik HKL bermula 27 Julai 2015
Tiada demam lagi dalam tempoh 24 jam setelah dicabut jarum
Antibiotik dah complete masuk
2 jenis antibiotik ayad ambil
Masa hari pertama admit hingga hari ke 4 Ayad ambil antibiotik untuk jangkitan kuman pada paru2. Hari ke 5 hingga mula ambil antibiotik untuk kuman dalam darah pula
Semua antibiotik ikut line pada tangan. Antibiotik ini perlu di ambil 10 hari sebab doktor kata dalam darah ada kuman namanya morazela.. Ejaan tak berapa pasti


hari ke 2 di hospital masih demam

berehat menunggu nurse masuk ubat di tangan

Ayad makin sihat dah berselera makan

gambar terkini setelah keluar wad


Hari ini 14 ogos
Tepat jam 12 malam ayad demam lagi.
Ummi basahkan seluruh badan
Dengan harapan ayad cepat kebah
Suhu 38.5, panasnya..
Dah pukul 4 pagi ayad nampak berpeluh
Alhamdulillah..

Sebelah siangnya pula suhu badan ayad naik mencecah 38°
Lap badannya..
Esok ada nak kenduri dan makan- makan sikit
Hati ni sudah berbelah bahagi
Nak bergembira rai tetamu tapi dalam hati masih runsing memikirkan ayad yang demam semula. Persiapan ala kadar,Pagi-pagi suami dah beli ayam 3 ekor.
Saya cuci dan simpan dalam peti.
Esok pagi saya harus bangun awal sebab nak masak ungkep dan kuah lodeh.


Sabtu 15 Ogos 2015

Seawal jam 4 pagi saya dah bangun untuk memasak.
Seusai mendirikan solat sunat saya terus ke dapur. Buat kerja soang-sorang di dapur dengan niat nak masak yang paling sedap dan enak untuk tetamu nanti.
Memulakan masak-masak.Berhenti seketika untuk solat subuh. Kemudian sambung memasak. Pukul 9.00 pagi sahabat saya datang menolong.
Namanya hasliza.. hasliza menolong saya membancuh 2 kilo tepung cucur udang.
Cucur udang saya habis. Cicah kuah kacang dan kuah lada.
Orang kata kalau kita masak ikhlas hasilnya juga memuaskan.

Antara menu yang ada pada hari itu ialah, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, sambal udang, ungkep, cucur udang dan agar-agar santan. Air saya hidangkan air oren sunquick sejuk. 

Alhamdulillah, ramai juga yang datang ke rumah sempena majlis kesyukuran dan penutup raya iaitu last raya . Dapat juga saya tunaikan  niat saya untuk menjamu anak-anak sempena puasa enam mereka. Walaupun simple dan ala kadar saya rasa bersyukur dan gembira sangat pada hari itu.

Cerita pasal Ayad demam, Alhamdulillah sehingga kini Ayad aktif dan sihat. Demam Ayad kebah selepas majlis tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...