Wednesday, 30 September 2015

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi

 

Bismillah.
Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga.

Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya. 

Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq.

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai ibu kita hanya nampak kelemahan mereka. Kebaikan mereka jarang kita fikirkan. Bila difikir semula betapa bersalahnya kita dalam memberi hukuman. 

Haziqlah yang selalu menjadi imam solat di rumah ketika ayah tiada di rumah. Haziq juga yang selalu memberitahu ummi jika ternampak sehelai rambut ummi terkeluar dari tudung, Haziq uga yang mengingatkan ummi dan mencari stokin ummi bila nak keluar rumah.
Terima kasih Haziq, selalu menjaga ummi dan mengingatkan ummi.

Ummi doakan Haziq menjadi contoh yang baik- baik dan ikutan adik- adik. Semoga berjaya di dunia dan akhirat, juga menjadi pemimpin ummah untuk masa akan datang.

Dalam sebuah hadis : Rasulullah bersabda : "Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu"

Apa yang Nabi suruh ialah layanlah anak-anak seadilnya. Jangan kita pinggirkan mereka hanya kerana anak kita tidak memenuhi kemahuan kita. Awal-awal lagi kita sudah menempah jalan tidak bahagia. 

Apa yang perlu kita buat ialah yakinlah selagi anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan beriman, kehidupan tidak akan susah. Kerana itu janji Allah.

Jangan di fikirkan persepsi masyarakat, jiran dan kawan-kawan mahupun kaum keluarga sendiri. Mereka hanya menganggap anak yang cemerlang akademik itulah ukuran sebenar anak yang berjaya dan terbaik.

Kerap pula kita terkeliru dalam menilai kebijaksanaan anak-anak kita itu, Atau mungkin kita meletakkan nilai kesolehan anak-anak sebagai perkara yang kurang penting. Walhal hakikat kebijaksanaan dan kepintaran seseorang itu seperti dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu

" Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persedian untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah".

Sekian, bicara ummi mama untuk kali ini.. Wassalam..

5 comments:

  1. Setiap ibu juga sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik. tidak akan pernah ada akhirnya :)

    saya dah masukkan blog puan dlm bloglist saya. jemput ke blog saya ye www.sitimunirah.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Puan Siti Munirah :-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mendidik anak2 dengan nilai2 murni sememangnya sedari mereka kecil lagi, syukur bila dah terbiasa menjadi amalan tak susah nak disuruh dah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, Puan Aju Mohit... Saya setuju sangat apa yang Puan katakan.. Alhamdulillah syukur dari segi akademik memang anak saya biasa2, tapi dia tahu agama dan selalu jadi Imam dlm solat berjemaah kami..semoga anak kami berjaya menjadi pemimpin ummah ..

    ReplyDelete

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...