Skip to main content

Mencari Ketenangan.. Bagaimana caranya?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2ZFQM_3wzzZPQ3gSqQ6YT4b5vHUKsPWSu_WngUwfOmLsrFnFxudrEKXGgiToFzgvdk7D4CUn1nmy62fITSY_M1Mxyq0eFUm64b37tTjPKoDuuVc_gVVI8J9BFBkaDkPbkcVA5-8zMoSlH/s1600/Gambar-gambar+pemandangan+laut+Pantai+yang+indah+dan+Terbaru+untuk+Wallpaper+3.jpg



Teks : Zanariah Kamal


Bismillah...

Assalamualaikum.. Buat anda yang sedang membaca blog ini diucapkan terima kasih. Didoakan anda sentiasa gembira dan dalam keadaan yang tenang. Petang-petang ni rasa tergugat sikit ketenangan. Sudah 3 hari anak tak dapat hadir ke sekolah sebab jerebu teruk. Makluman terkini esok hari Khamis bersamaan 22 Oktober juga akan bercuti. Jerebu yang melanda negara kita masih belum nampak berkurangan. IPU sekarang dalam keadaan yang tidak sihat. 

Apa yang meragut ketenangan kita hari ini. Mungkin disebabkan jerebu, masalah nak-anak, jiran-jiran, pekerjaan dan macam-macam lagi.

Dengan fenomena sekarang ni, bimbang anak kecil yang lemah antibodinya, menghirup udara yang tidak sihat. Allah nak menguji hambanya memandang fenomena ini sebagai satu peringatan. Supaya kita semua bersatu-padu berdoa sungguh-sungguh minta jerebu ini pulih sedia kala. 

Saya tak mahu cerita panjang, marilah kita bersama-sama mencari ketenangan hati dengan formula-formula yang agama kita dah ajarkan.Islam ada memberi ubat dan penawar dalam merawat ketenangan.

Antaranya, jangan lupa sentiasa rajin membaca dan mendengar Al-Quran. Inilah ubat dan penawar untuk jiwa yang gelisah. Kalau rasa macam sibuk sangat tak ada masa nak buka al-Quran boleh buka handpone, buka youtube boleh dengar bacaan ayat suci alquran dari handpone. Lagi baik ambil wudhuk dan baca al-Quran. Mudahan dengan bacaan yang ayat suci membuat hati lebih kusyuk dan tenteram.

Yang ke 2,  cuba kita jadi pemurah, dermawan dan menyayangi orang miskin. Beri perhatian pada orang susah dengan bersedekah, mudah-mudahan dengan bersedekah Allah melimpahkan kita rasa ketenangan dan ketenteraman dan belas kasihan dari Allah.

Yang ke 3, jangan lupa sentiasa ada rasa bersyukur. Jangan memandang orang yang di atas, tapi sentiasa pandang orang yang berada di bawah. Jangan sentiasa memikirkan kekurangan kita. Ingatlah bahawa ada ramai lagi orang yang tidak bernasib baik.

Yang ke 4, menjalin silaturahim. Menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga. Bukan sahaja memberi ketenangan , malah dengan menjalin hubungan dapat melapangkan lagi rezeki kita. Jika ada orang yang memusuhi kita sekalipun, maafkanlah dia.

Yang ke 5, selalaulah membaca La hawlawala quwwata illa billah..

Yang ke 6, tidak meminta pada orang lain. Maknanya kita tidak menjadi orang yang selalu meminta-minta, tapi jadilah orang yang memberi.

Formula ke 7, jangan suka berhutang. Kadang-kadang hutang yang banyak juga membuat hidup kita tidak tenang.

Yang terakhir sekali cuba berfikiran positif. Ubahlah fikiran negatif kepada positip.. Ubah ungkapan keluh kesah yang mengerutkan muka kita , badan lemah kepada ungkapan yang baik, seperti Alhamdulillah..Istighfar dan banyak lagi ungkapan positif.


Sekian, coretan ummi mama petang ini. Semoga bermanfaat.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...