Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b

Resepi kuih koci labu paling ohsem!

Teks: Zanariah kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah,.. Alhamdulillah.. Semangat untuk kongsi resepi lagi. Buat tatapan anak ummi Danisha suatu hari bila sudah besar. Kuih koci labu memang kegemaran semua dalam rumah ni. Agak leceh nak menyediakan tapi rasanya sungguh enak dan memikat. Sekeping dua tu celah gigi je. Sorang pasti akan ambil 5 keping atau lebih untuk makan. kuih koci labu yang mak buat ni selalu mendapat sambutan memang ohsem. Untuk resepi kuih koci labu yang ohsem di sini saya tunjukkan cara. Dah lama berguru  dengan emak baru sekarang berkesempatan  nak cuba buat. Walau apa pun dah selamat mencuba. BAHAN2 UNTUK DOH:- 250 g tepung pulut 2 cawan pes labu ( rebus dan blend labu) 1 1/2 cawan air BAHAN2 UNTUK INTI:- 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua) 1 ketul gula Melaka 1 cawan gula pasir 2 helai daun pandan, disimpul 1/2 cawan air BAHAN2 LAIN:- Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci. Minyak

Tips Didik Anak Menghargai Pemberian

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi permata hati umi ayah yang selalu menghiburkan Bismillah.. Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis. Kali ini saya suka nak kongsi tentang anak. Mengapa agaknya anak. Sebab hidup saya dikelilingi anak-anak. Aktiviti harian dari pagi hingga malam pun bersama anak. Masa yang terluang banyak dah tak tahu apa nak buat di rumah, mulalah menulis blog. Ingat ye, saya bukan nak cari publisiti atau glamor, sekadar berkongsi cerita dan apa saja yang baik di sini. Alhamdulillah, dengan berblog masa saya terisi.  Mukadimah sudah terlalu panjang, sebenarnya saya nak kongsi tips bagaimana nak buat anak-anak kita menghargai apa saja pemberian kita pada mereka. Saya pasti semua ibu bapa suka memberi hadiah kepada anak, dan anak pula tidak tahu menghargai hadiah tersebut. Contohnya, anak kecil baru saja dibelikan anak patung atau mainan. Biasalah anak kecil memang suka bila dapat yang baru dan akan main sekejap saja