Teks: Zanariah kamal
Foto : koleksi peribadi
Bismillah,..
Alhamdulillah..
Semangat untuk kongsi resepi lagi. Buat tatapan anak ummi Danisha suatu hari bila sudah besar. Kuih koci labu memang kegemaran semua dalam rumah ni. Agak leceh nak menyediakan tapi rasanya sungguh enak dan memikat. Sekeping dua tu celah gigi je. Sorang pasti akan ambil 5 keping atau lebih untuk makan. kuih koci labu yang mak buat ni selalu mendapat sambutan memang ohsem.
Untuk resepi kuih koci labu yang ohsem di sini saya tunjukkan cara. Dah lama berguru dengan emak baru sekarang berkesempatan nak cuba buat. Walau apa pun dah selamat mencuba.
BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
2 cawan pes labu ( rebus dan blend labu)
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam dikacau atas api hingga naik minyak. Kami bagi nama dadih.
UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan pes labu dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2.
Tips untuk nak tahu samada kuih sudah masak ialah pastikan ada bau seperti daun pisang dan lagi satu semasa angkat penutup kukus kuih koci tu mengecut tiba- tiba. Macam mana nak tau kan kuih dalam bungkusan, senang je, daun pisang tu yang mengecut.
Sekian, selamat mencuba.

Comments
Post a Comment