Skip to main content

Tips Didik Anak Menghargai Pemberian

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi peribadi


permata hati umi ayah yang selalu menghiburkan

Bismillah..

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis. Kali ini saya suka nak kongsi tentang anak. Mengapa agaknya anak. Sebab hidup saya dikelilingi anak-anak. Aktiviti harian dari pagi hingga malam pun bersama anak. Masa yang terluang banyak dah tak tahu apa nak buat di rumah, mulalah menulis blog. Ingat ye, saya bukan nak cari publisiti atau glamor, sekadar berkongsi cerita dan apa saja yang baik di sini. Alhamdulillah, dengan berblog masa saya terisi. 

Mukadimah sudah terlalu panjang, sebenarnya saya nak kongsi tips bagaimana nak buat anak-anak kita menghargai apa saja pemberian kita pada mereka. Saya pasti semua ibu bapa suka memberi hadiah kepada anak, dan anak pula tidak tahu menghargai hadiah tersebut. Contohnya, anak kecil baru saja dibelikan anak patung atau mainan. Biasalah anak kecil memang suka bila dapat yang baru dan akan main sekejap saja, lepas tu mulalah rasa bosan. Bila bosan dan jemu mainan itu mulalah dibiarkan dan tidak terjaga. Begitu juga dengan jam tangan walaupun harga sekitar RM 10.00 mulalah diletakkan merata-rata. Sebenarnya ini semua telah saya lalui.

Kami sebagai ibu bapa rasa terkesan sangat dengan sikap anak yang macam ini. Bukan hendak berkira dengan anak-anak tetapi kami mahu tunjuk dan ajar anak menghargai.

Antara tips yang sedang kami praktikkan pada anak-anak sekarang ini ialah :

1. Didik anak bersyukur
Didik anak bersyukur dengan setiap pemberian. Cara bersyukur ada banyak, antaranya mengucapkan terima kasih dan memuji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Beritahu anak supaya menjaga pemberian itu sebaik mungkin. Pesan juga dekat anak, jika kita bersyukur, Allah tambah lagi pemberian untuk kita. Bagi contoh, misalnya jika Danisha jaga mainan ni elok-elok dan simpan selepas main ayah akan beli mainan lain yang kakak suka. Dari situ, anak akan ingat dan akan hargainya. Dan ayah tak akan belikan yang lain kalau kakak tak jaga dan sayang mainan yang ayah beli ini.

2.  Sukar dapat hadiah
Ibu ayah boleh cuba buat situasi agar anak sukar mendapat hadiah. Semakin sukar untuk dapat, semakin bernilai hadiah tersebut. Jangan asal anak minta saja dapat. Asal rosak saja terus beli dan ganti yang baru. 

3.  Belikan hadiah dengan bersebab
Belikan anak hadiah dengan sebab. Misalnya anak cemerlang dalam akademik, tekun dan rajin solat tanpa disuruh, semasa ulang tahun kelahiran, menunjukkan sikap positif dan istiqomah buat baik dengan adik beradik. Ganjaran yang kecil sebagai galakkan anak berbuat baik.

4.  Ajar anak fungsinya 
Jika kita memberi anak sesuatu hadiah seperti permainan dan peralatan, seeloknya ajarkan cara penggunaan dan penjagaan. Jangan dibiarkan anak membuat sesuka hati. Beritahu kegunaan barangan tersebut. Semakin banyak kegunaan sesuatu hadiah, semakin bernilai sesuatu hadiah tersebut.

5.  Simpan
Simpan hadiah atau barangan anak bila anak sudah jemu, keluarkan semula dua tiga bulan kemudian.

6.  Wujudkan persaingan
Wujudkan persaingan yang sihat dikalangan anak-anak mengenai penerimaan dan penjagaan hadiah dari ibu bapa. Buat satu kenyataan supaya anak ingat mungkin boleh dilekatkan di dinding bilik anak. Misalnya, jika tidak menjaga hadiah pemberian ibu ayah , tidak ada peluang untuk dapat hadiah di masa depan. Sebaliknya jika hadiah si jaga dengan baik, cerahlah peluang untuk dapat hadiah lagi.

7. Tunjuk contoh
Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik soal menghargai dan menjaga pemberian. Simpan dengan baik pemberian dari pasangan walaupun nilainya tidak seberapa. Rasa terima kasih pada pemberinya membuat kita sayang kepada pemberiannya. teladan yang paling baik kita beri contoh pada anak-anak ialah dengan mengahargai segala nikmat pemberian dari Allah. Bukan saja tentang hadiah. Pesan juga pada nak anak-anak nikmat pancaindera dari Allah, supaya anak-anak tahu rasa bersyukur.

8. Doa
Doakan anak kita yang baik-baik. Tidaklah yang menolak ketentuan tuhan kecuali doa. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah dan tahu bersyukur.

Sedikit pesanan buat diri saya juga, latih anak supaya tidak bersifat materialistik.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b