Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Anak Ummi Sakit, Moga Cepat Sembuh!!!

Teks: Zanartiah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum...lama juga saya tak update blog.. Blog pun sunyi je rasa. Bila anak sakit semua kerja tak boleh buat. Hati runsing, risau dan stress sikit. Sekarang bersiaran dari dalam ward kk6 pediatrik HKL. Menemani anakanda Fayyadh mendapat rawatan di sini. Hari ini Jumaat 31 July 2015 hari ke 5 Fayyadh menjadi tetamu wad kk6. Bagaimana Fayyadh boleh ke sini? Nak certita sikit detik- detik cemas saya bersama Fayyadh. Mula- mula Fayyadh batuk sebelum raya. Ingatkan batuk biasa saje. Sebab dalam bulan puasa tu Fayyadh makan buah rambutan banyak. Hari raya ke 2 Fayyadfh demam. Saya lap badannya , tak bagi ubat pun, sebab saya tahu Fayyadh tak suka makan ubat. Hati ini dah rasa tak seronok dah. Dalam hati dah berkata- kata janganlah berjangkit dengan kakak Danisha. Ermm.. Betul pun demam. Kakak demam 2 hari je.. Tapi masih batuk-batuk. Kami pun bawa balik Fayyadh ke KL. Dalam kereta Fayyadh dah menggigil, sej

Resepi biskut suji sedap dan mudah

Teks : Zanariah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Alhamdulillah.. Hari ini hari ke 20 ramadhan, inshAllah semoga kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna. Perbanyakkan doa minta Allah ampunkan dosa- dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita, suami dan anak anak. Terasa cepat sangat ramadhan berlalu, meninggalkan baki 9 hari  untuk kita kejar dan kecapi nikmat dalam bulan ramadhan. Tak mahu cerita panjang sangat. Sebab saya nak kongsi resepi bskut suji atau nama lain biskut arab. Salah satu biskut kegemaran kami sekeluarga. Hari ini nak kongsi resepi mudah hanya ikut sukatan cawan. Kalau sahabat kita tak ada penimbang pun tak mengapa. Bahan- bahan 2 1/2 cawan tepung gandum (dipanaskan sebentar dalam kuali)  1 cawan minnyak sapi 1 cawan gula ising Ceri merah untuk hiasan ( takde pun takpe rasa tetap sama) Cara Ayak tepung dan gula dalam bekas untuk buang ketulan. Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Guna tangan, ramaskan. Tak perlu guna mixer, kita gun

Resepi biskut sarang semut sedap garenti jadi

Teks: Zanariah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Alhamdulillah hari ni hari ke 18 ramadhan. Pejam celik pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung ramadhan. Tentu ramai yang sibuk membuat persiapan. Bagi saya persiapan ala kadar sahaja. Kuih raya pun buat 2 3 jenis yang anak gemar. Baru- baru ni buat biskut sarang semut dibantu anak dara saya Danisha. Teruja nak makan kuih raya yang di buat sendiri. Resepi ini saya google di internet. Salin di kertas dan buat 2 adunan. Punyelah sedap sarang semut saya tinggal separuh. Esok kenalah buat lagi 2 adunan. Resepinya seperti ini ye saya kongsikan. Bahan2 1 buku butter cup 250 g 200 gram tepung jagung 2 biji kuning telur 125 g gula icing 275 g tepung gandum 1/2 sudu kecil esen vanila Coklat rice untuk hiasan Paper cup Caranya, Seperti biasa pukul gula dan buttet hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila., kacau lagi. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sebati. Biladah jadi d