Skip to main content

Anak Ummi Sakit, Moga Cepat Sembuh!!!

Teks: Zanartiah Kamal

Foto : koleksi peribadi




Bismillah..
Assalamualaikum...lama juga saya tak update blog.. Blog pun sunyi je rasa. Bila anak sakit semua kerja tak boleh buat. Hati runsing, risau dan stress sikit.

Sekarang bersiaran dari dalam ward kk6 pediatrik HKL.
Menemani anakanda Fayyadh mendapat rawatan di sini. Hari ini Jumaat 31 July 2015 hari ke 5 Fayyadh menjadi tetamu wad kk6.

Bagaimana Fayyadh boleh ke sini? Nak certita sikit detik- detik cemas saya bersama Fayyadh. Mula- mula Fayyadh batuk sebelum raya. Ingatkan batuk biasa saje. Sebab dalam bulan puasa tu Fayyadh makan buah rambutan banyak.

Hari raya ke 2 Fayyadfh demam. Saya lap badannya , tak bagi ubat pun, sebab saya tahu Fayyadh tak suka makan ubat. Hati ini dah rasa tak seronok dah. Dalam hati dah berkata- kata janganlah berjangkit dengan kakak Danisha. Ermm.. Betul pun demam. Kakak demam 2 hari je.. Tapi masih batuk-batuk.

Kami pun bawa balik Fayyadh ke KL. Dalam kereta Fayyadh dah menggigil, sejuk kaki tangan dan badan, kepala tersangat panas. Saya lap-lapkan badannya. Keadaan berlanjutan hingga hari ke 7. Suhu badan masih tak turun-turun. Saya nekad bawa ke klinik kesihatan. Check darah ada kuman. Kami di beri antibiotik untuk Fayyadh habiskan..

Ubat antibiotik tak masuk dalam perut mencukupi. Fayyadh muntahkan ubat tu semula. Demam masih lagi tinggi. Saya nekad cakap kat suami, saya rasa Fayyadh ni demam tak kebah mungkin ada sesuatu yang tak kena. Hari ke 10 saya bawa ke Pesakit luar HKL. Suhu masa tu 40°. Panas sangat, masuk ubat punggung, dan mandikan. Ambil darah, dan jumpa doktor. Doktor pun bagi tahu kena masuk wad sebab ada jangkitan kuman.

Oklah saya akur, sebab dah teralu bimbang takut kalau apa- apa yang tak baik berlaku. Buat xtray tengok paru- paru ada jangkitan. Doktor kata terkena " pneumonia".

Dulu selalu dengar tentang penyakit ni, tapi  tak pernah ambil tahu pun apa-apa pasal penyakit ni. Rupanya Fayyadh terpilih untuk mengalaminya. Kesian sungguh melihat keadaan Fayyadh yang tak bermaya, lesu.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk ke hospital cepat.
Hari ke 4 Fayyadh dibenarkan pulang dan meneruskan ambil antibiotik di rumah. Lega rasa hati bukan kepalang gembira. Mana taknya dah berjanji nak masak ketupat, rendang, kuah kacang meraikan anak-anak dan suami yang berjaya berpuasa 6 syawal.





Sekali lagi saya terkejut  sebab doktor pakar datang bagitau Fayyadh tak boleh balik. Sebab ujian darah yang dibuat 3 hari lepas menunjukkan dalam darah Fayyadh ada kuman. Fayyadh terpaksa tinggal di hospital lagi 10 hari untuk cucuk antibiotik yang baru.

Semasa di hospital, telinga Fayyadh pula berdarah. Mula- mula telinga kanan, keesokkan harinya telinga kiri. Pukul 2:30 petang ni berjumpa pakar telinga pula.

Keadaan Fayyadh bertambah baik. Selera makan pun dah ada. Boleh makan buah, koko crunch. Nasi, bubur, ikan dan ayam pun dia tak menolak. Syukur dan lega rasa hati. Semoga Fayyadh cepat sihat dan kuat. Boleh balik rumah dan bermain dengan kakak.



Ini adalah pengalaman ke 2 Atif Fayyadh masuk wad. Pertama kali semasa usianya 2 tahun kerana terkena cirit. 7 hari juga tinggal di hospital. Saya rasa tak mau lagi lama-lama tinggal di hospital. 

Sekarang berasa lega, syukur Alhamdulillah, Atif Fayyadh sudah boleh pulang ke rumah pada 10 Ogos 2015. Gembira dan ceria wajahnya dapat bersama kakak dan abang di rumah. 

Kepada ibu-ibu yang ada anak-anak masih kecil pastikan anak mencuci tangan sekerap mungkin. Di sekeliling kita berbagai-bagai jenis kuman yang boleh menyerang anak-anak kita. Saya rasa penting kita sebagai ibu selalu mengingatkan anak-anak tentang kebersihan. Kalau boleh setiap rumah ada sabun untuk pencuci tangan seperti dettol, anta-bax atau apa sahaja jenama.

Perkenalkan anak-anak makanan sunnah seperti madu, kurma, kismis, kacang badam dan macam-macam lagi jenis kekacang. Elakkan jajan yang mana boleh mengundang pelbagai alahan dan mengurangkan selera makan anak. Buah-buahan juga sangat baik. Lebihkan mium air suam atau air kosong.









Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b