Skip to main content

Resepi biskut suji sedap dan mudah

Teks : Zanariah Kamal

Foto : koleksi peribadi




Bismillah..

Alhamdulillah.. Hari ini hari ke 20 ramadhan, inshAllah semoga kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna. Perbanyakkan doa minta Allah ampunkan dosa- dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita, suami dan anak anak. Terasa cepat sangat ramadhan berlalu, meninggalkan baki 9 hari  untuk kita kejar dan kecapi nikmat dalam bulan ramadhan.

Tak mahu cerita panjang sangat. Sebab saya nak kongsi resepi bskut suji atau nama lain biskut arab. Salah satu biskut kegemaran kami sekeluarga.

Hari ini nak kongsi resepi mudah hanya ikut sukatan cawan. Kalau sahabat kita tak ada penimbang pun tak mengapa.

Bahan- bahan

2 1/2 cawan tepung gandum (dipanaskan sebentar dalam kuali)
 1 cawan minnyak sapi
1 cawan gula ising
Ceri merah untuk hiasan ( takde pun takpe rasa tetap sama)

Cara

Ayak tepung dan gula dalam bekas untuk buang ketulan. Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Guna tangan, ramaskan. Tak perlu guna mixer, kita guna jari jemari saja. Uli hingga menjadi doh yang lembab. Jika rasa terlalu lembap boleh tambahkan sikit tepung hingg senang di gentel. Jika kering berderai tambahkan sedikit minyak sapi.

*** tujuan tepung dipanaskan sebentar ialah untuk membuatkan biskut kita tahan lebih lama dan enak.

Setelah siap gentel bulat- bulat atau terap ikut kesukaan. Susun dalam dulang pembakar. Dan bakar dalam  oven suhu 180° c selama 20 minit atau hingga masak.

**** nak tahu samada biskut sudah masak ke belum, pastikan ada bau yang enak semasa buka oven.

Sekian, selamat mencuba.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b