Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Lama tak update blog.

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah. buat kesekian kalinya bersiaran di laman blog.Lama rasanya tak menulis panjang lebar. Hari ini sempat tengok apa yang paling popular di blog ini  ialah resepi. Ramai yang menggogle resepi. InshaAllah saya akan kongsikan banyak resepi di sini. Sebelum tu saya nak memperkenalkan FB Page saya "  Uli-Uli Tepung  " InshaAllah saya akan berkongsi resepi dan petua. Jangn lupa like ye.. Sekian saje untuk kali ini. assalamualaikum selamat malam..

Resepi Pie Apple Simple

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan aktiviti kesukaan iaitu menulis. Agak lama menyepi dari dunia bloger almaklumlah saya sibuk meroti. Saya dapat idea baru mengisi masa lapang dan mencari duit tepi. Syukur Alhamdulillah roti gebu gebas saya mendapat sambutan. Kini gigih membuat pie apple sejuk beku. Saya nak share resepi Pie Apple manalah tahu ada yang teringin nak membuat sendiri Resipi mudah, senang dan tak banyak karenah, seperti berikut.. BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-) 2 biji epal hijau 1 genggam cranberry kering (atau kismis) 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (jika tiada guna kulit kayu manis dah siap masak buangkan saje) 2 camca besar penuh gula perang 1/2 camca teh tepung jagung * 2 camca besar air * ( *disatukan dan kacau rata ) 2 camca besar penuh mentega 1/2 camca teh jus lemon (optional) Secubit garam BAHAN-BAHANNYA :-) 8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci) 1 kuning telur,

Resepi Kuah Lodeh Yang Paling Sedap Untuk Dicuba

Teks : Zanariah Kamal Bismillah. Assalamualaikum sayang-sayang semua Akak nak share resepi yang selalu akak guna untuk buat kuah lodeh sedap. Biasa akak guna Azie kitchen resepi memang superb sedap.. bolehlah cuba ye.. Kuah Lodeh dan Nasi Impit sesuai untuk jamuan raya nanti boleh cuba adik-adik dan kakak-kakak sayang. Bahan-bahan (10 orang) Bahan Kisar: 10 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 jari kunyit hidup 1 hiris halia 2 sudu udang kering 2 sudu ikan bilis (guna kiub ikan bilis) Sedikit belacan - jika suka 2 sk jintan kasar - sangar Bahan Lain: 2 batang serai - dititik 4 helai daun salam 1/2 jari lengkuas - diketuk 200 gram udang hidup - kupas kulit Bahan Sayur di potong kecil: 1/2 biji kobis 8 batang kacang panjang 1 batang lobak merah 1 biji sengkuang kecil 1 biji terung panjang 1 keping tahu kering - rendam 4 biji kentang

Ramadhan Ke-4 2016

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum semua, salam ramadahan , selamat berpuasa, salam menjemput rezeki, salam ceria. Alhamdulillah, hari ini baru akak dapat menulis diruangan blog akak yang tak seberapa ini. Rindu yang teramat sangat. Sejak berpindah ke Melaka akak belum ada kesempatan untuk menulis di sini. Teramat rindu bila akak berada di rumah akak ini, rumah yang akak tinggalkan untuk seketika, atau mungkin sampai bila-bila. Semua kenangan datang silih berganti, terutama sekali bila tiba ramadhan. Selalunya bila nak sambut raya kami sekeluarga dah bersiap, dan buat perancangan awal, bila masa yang sesuai untuk bergerak pulang ke kampung untuk sambut syawal. Tapi... Tahun ini lain sedikit, kami sambut puasa di KL. Dalam perancangan untuk balik awal ke KL tapi Allah dah takdirkan kami sambut puasa di Melaka. Suami dan abah tak sihat. Kini Alhamdulillah suami akak dah sihat. Cuma abah akak masih dihospital. Walaupun akak di Kl tapi hati masih di

Happy Anniversary Sayang!!

  Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum ..  Lama juga saya tak jengah blog. 2 hari lagi kami akan sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 15 iaitu pada 21 Mac 2016 Syukur Alhamdulillah kerana tak sangka dah 15 tahun kami menyulam cinta bersama dan di kurniakan 5 orang cahaya mata pengikat kasih.. Muhammad Afiq, Muhammad H aziq, Muhamm ad Harraz, Izz Nur D anisha dan yang bong su koret A tif Fayyadh.   Rasanya memang suami tak ingat kot tarikh keramat ini. Tapi tak mengapa biasalah kan suami yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kami bukanlah pasangan yang romantik yang  nak candle light dinner romantik2 bagai sebab anak-anak dah berderet  tentu kecoh sikit masa makan nanti. Dalam hati sebenarnya teringin begitu.Hehe.. Naluri wanita kan. Tapi tak mengapa takde semua tu. Yang penting bagi saya kejujuran, kesetian, tanggungjawab yang diberikan pada kami sudah cukup untuk dikenangi dan disyukuri.   Nak bagi uacapan sikit untuk en suami tersayang.. ko