Teks : Zanariah Kamal
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum semua, salam ramadahan , selamat berpuasa, salam menjemput rezeki, salam ceria.
Alhamdulillah, hari ini baru akak dapat menulis diruangan blog akak yang tak seberapa ini. Rindu yang teramat sangat. Sejak berpindah ke Melaka akak belum ada kesempatan untuk menulis di sini.
Teramat rindu bila akak berada di rumah akak ini, rumah yang akak tinggalkan untuk seketika, atau mungkin sampai bila-bila. Semua kenangan datang silih berganti, terutama sekali bila tiba ramadhan. Selalunya bila nak sambut raya kami sekeluarga dah bersiap, dan buat perancangan awal, bila masa yang sesuai untuk bergerak pulang ke kampung untuk sambut syawal.
Tapi...
Tahun ini lain sedikit, kami sambut puasa di KL. Dalam perancangan untuk balik awal ke KL tapi Allah dah takdirkan kami sambut puasa di Melaka. Suami dan abah tak sihat. Kini Alhamdulillah suami akak dah sihat. Cuma abah akak masih dihospital.
Walaupun akak di Kl tapi hati masih di kampung, teringat emak , abah dan adik-adik akak. Harap semua baik-baik sahaja.
Doa dan harapan tak pernah putus untuk abah cepat sembuh.
Suka nak coret sikit tazkirah.. Bulan puasa kan .. buat amalan lebih, inshaAllah moga diterima disi Allah.
Yakin dalam hati Allah itu dekat.
Allah sendiri sudi mendekati kita bahkan lebih teruja daripada kita. " sesiapa mendekatkan diri denganKu sejengkal, Aku akan dekat dengannya sedepa. Kalau dia datang berjalan, Aku datng berlari"
Allah berkuasa membantu terus kepada kita saat kita memerlukan.Lebih-lebih lagi orang yang bersabar. Sabar bukan sekadar menunggu kerana lemah. Tetapi bertahan dan berusaha tanpa penat lelah.
Bagaimana hendak Rasa dekat dengan Allah?
Jawapan semudah soalan. Kita mesti mendekatkan diri dengan Allah, solat dengan kusyuk. Baca al-Quran untuk faham. Solatlah paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka banyak-banyakkanlah berdoa.
Wallahualam..
Sekian jumpa lagi dilain waktu.. assalamualaikum

Comments
Post a Comment