Teks: Zanariah Kamal
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum..
Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.
Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.
Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.
Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi Jibrail untuk disampaikan kepada manusia.
Rumah-rumah yang mengadakan taklim bermakna mewarisi pusaka Rasulullah SWT. Sesiapa yang mewarisi pusaka Rasulullah SWT maka rahmat dan berkat akan datang, ketenteraman (sakinah) dan ketenangan (inayah) akan wujud.
Rumah-rumah yang ada taklim terpelihara, diziarahi para malaikat dan diturunkan taufiq dan hidayah serta rahmat. Segala amal-amal buruk, kegelapan dan ketegangan akan keluar dari rumah-rumah kita. Amalan taklim membawa cahaya dan kesannya, kehidupan sekeluarga dalam aman damai.
Adab-adab Taklim di Rumah
(1) Mesyuarat suami/isteri dan keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting dan mulianya majlis ini (utamakan fikir orang yang lebih tua).
(2) Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.
(3) Istiqamah tempat yang sesuai.
(4) Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, duduk rapat-rapat, tutup aurat dll.
(5) Baca kitab Fadhail Amal.
(6) Masa taklim istiqomah 30 minit dan azam 2 kali atau 1 kali dalam sebulan
Jika kita dapat hidupkan taklim di rumah maknanya rumah kita telah ada ciri-ciri rumah Rasulullah SAW dan para sahabat. InsyaAllah bagaimana Allah SWT mendidik (tarbiyah) mereka, begitu juga Allah SWT akan mendidik kita. Apa-apa jua sifat-sifat yang mulia yang ada dalam diri mereka, insyaAllah Allah SWT akan beri sedikit-sedikit pada diri kita.
Kelebihan Majlis Taklim.
Ada banyak sekali kelebihan yang kita dapati apabila kita adakan majlis seperti ini atau kita hadirkan diri kita di dalam majlis seperti ini. Diantaranya majlis seperti ini merupakan majlis magfirah iaitu majlis keampunan, di mana Allah SWT akan ampunkan dosa para peserta majlis ini dan digantikan dengan pahala. Walaupun kita kebetulan sahaja, Allah SWT tetap akan mengampunkan dosa-dosa kita sepertimana mereka yang lain. Allah SWT akan turunkan Rahmatnya untuk tiap-tiap orang di majlis ini. Ada 4 di muka bumi ini di mana Allah SWT turunkan Rahmatnya;
(1) Di Masjidil Haram
(2) Di Makam Rasulullah SAW
(3) Di bulan Ramadhan
(4) Di majlis-majlis mengingati Allah seperti majlis taklim dan taklum ini.Kalau kita sentiasa dapat hadirkan diri kita di majlis ini maka kita dapat meningkatkan 5 perkara di dalam diri kita;
(1) Iman
(2) Ibadat
(3) Muamalat
(4) Muasyarah
(5) Akhlak
Kita juga mendapat sakinah atau ketenangan jiwa. Satu majlis taklim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak mengingati Allah SWT. Tempat-tempat di mana majlis ini diadakan, maka para malaikat melihat tempat itu bercahaya seperti bintang-bintang di langit. Seketika di majlis taklim ganjarannya lebih baik kita menziarahi 100 orang sakit.
Majlis ini juga lebih mulia dari kita menghantar 1000 orang jenazah ke kubur. Apabila kita keluar dengan niat menuntut ilmu atau mengajar ilmu kerana Allah SWT 70,000 para malaikat akan menghamparkan sayapnya masing-masing di bawah kaki kita kita dan semua makhluk Allah di bumi, di darat dan di udara akan memohon keampunan untuk kita.
Majlis ini juga lebih mulia dari kita menghantar 1000 orang jenazah ke kubur. Apabila kita keluar dengan niat menuntut ilmu atau mengajar ilmu kerana Allah SWT 70,000 para malaikat akan menghamparkan sayapnya masing-masing di bawah kaki kita kita dan semua makhluk Allah di bumi, di darat dan di udara akan memohon keampunan untuk kita.
Hadith Rasulullah SAW bersabda majlis ini merupakan kebun-kebun Syurga. Majlis taklim juga bermakna kita mewarisi pusaka Rasulullah SAW dengan itu rumah-rumah yang ada taklim, rahmat dan berkat akan datang (sakinah, ketenangan dan ketenteraman akan wujud).
Sekadar perkongsian.
Semoga Redha, Semoga Allah Sayang
Comments
Post a Comment