Skip to main content

Posts

Alhamdulillah, Koleksi Buku Saya Bertambah

Teks : Zanariah Kamal Bismillah..   Assalamualaikum semua, moga terus sukses dalam melayari kehidupan ini, bagaimana anda, sudah banyakkah buku yang dibaca? Di harap begitulah ye..macam mana dengan rumah anda, ada sediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah?   Kalau ada baguslah, kalau belum atau baru mahu merancang nak buat ikutilah tip di bawah ini.Tip ini saya ambil dari sebuah laman blog, moga ada manfaat untuk anda semua.   Kesempatan ke Pesta Buku hari itu, saya ada membeli beberapa buah buku lagi. Sekarang koleksi buku yang ada di rumah sudah bertambah. Suami nak buat perpustakaan mini keluarga. Koleksi buku sekarang mencecah 300 naskah. Itu belum termasuk buku-buku ensiklopedia anak-anak. Moga cita-cita kami jadi kenyataan. Anda minat membaca? Kalau jawapannya ya.. anda juga boleh menggalakkan minat semua ahli keluarga membaca. Bermula dari rumah dan seterusnya di mana sahaja. Perpustakaan Mini di Rumah 1. Untuk galakka...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Perjalanan Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014

Tek : Zanariah Kamal Bismillah. Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini saya menyiapkan kerja-kerja mengemas rumah dan memasak dengan cepat. Sebab tak sabar nak belek buku-buku yang saya beli semalam. Anda dah pergi PBAKL ke belum? Pergilah bagi yang belum pergi. Bawa anak-anak, mereka pasti gembira. Ini kisah semalam, perjalanan kami dan anak-anak memang mengujakan. Tapi bukan saya, anak-anak saje yang teruja. Kami pergi ke PWTC menaiki LRT dari Stesen Universiti. Kami jadi perhatian sebab apa pun kami tak tahu. Mungkin riuh rendah suara anak kami yang bertanya itu ini. Keterujaan mereka tanpa pedulikan penumpang lain. Ini kali pertama bagi anak-anak menaiki LRT. Kali ke tiga saya sebagai penumpang. Bermula dari mula membeli tiket untuk dapat coin palstik hingga naik ke atas gerabak. Semuanya perkara baru bagi anak-anak. Perjalanan mengambil masa setangah jam untuk sampai di PWTC. Dari rumah pukul 5:00 petang tiba jam 6:00 petang. Kami bawa makanan dan minuman dar...

Nak Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014

Teks : Zanariah Kamal Bismillah. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini rasa tersangat bahagia sebab suami tawar diri untuk jaga Fayyadh. Pagi-pagi lagi suami cakap dalam bahasa omputeh dengan saya supaya anak-anak yang lain tak faham. "Yang.. tak mahu pergi ke Pesta Buku di PWTC" saya kata nak sangat sebab nak cari buku dan majalah kegemaran. Rupa-rupanya Abang Long faham apa yang kami bincangkan. Terus menyampuk, katanya nak ikut juga. Ummi dan ayah nak pergi "Book Fair" kan? Abang nak juga ikut. Nak ikut boleh, tapi kena siapkan "homework" dulu. Dah siap baru boleh fikir nak pergi pukul berapa dan naik apa. Suami nak ajak anak-anak naik LRT, jalan-jalan KL hari ini. Lepas tu katanya nak "reward" Abang Long sebab peningkatan prestasi dalam akademik Penggal Pertama. Dan lagi satu sebab nak raikan Abang Long atas perlantikan Penolong Pengawas Sekolah 2014. Abang Long minta nak makan di restoren Nando's atau Kenny Rogers...

Tips Menjadi Ibu Hebat

Teks : Zanariah Kamal Bismillah. Assalamualaikum. Jumpa lagi. Apa khabar semua? Hari itu saya janji nak kongsikan bagaimana untuk menjadi ibu hebat. Sekarang inilah dia antara tip-tips yang akan saya kongsikan dan boleh kita lakukan bersama. Antaranya : Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Jangan lupa banyakkan berdoa. Kerana doa adalah senjata orang mukmin dan Allah suka umatnya berdoa dan memohon kepada-Nya yang disertai usaha sehabis mungkin. Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya. Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama. Kuat berusha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu bapa. Kita adalah contoh yang paling hampir dimata anak-anak. Oleh itu sentiasalah pamer dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak. Disiplin dan berprinsip tegu...

Zikir

Danisha Oh Danisha

Teks: Zanariah Kamal  Assalammualaikum...apa khabar? Baik-baik semua ke?  Dah dua hari saya tak buat catatan. Hari ini sibuk melayan puteri saya yang sorang.  Tak pergi sekolah kepalanya masih pening. Dari pagi melayan cerita barbie on disney. Sedang menonton, keluarlah barbie dengan suit menari ala-ala gimnas terus meluru ke bilik. Ingatkan nak buat apa rupanya memunggah keluar pakaian. Nak cari serupa macam dalam filem tu. Lepas tu minta make up pulak. Anak perempuan memang suka berangan ke? Penat juga  bila Danisha ada dirumah. Rumah Pasti bersepah. Rasa nak marah tak jadi sebab pandai pulak memujuk.  Mama kakak suka main nanti kakak kemas semula. Kesian mama, mama jangan kemas. Yelah masa terus berlalu, dah nak tengahari mainan masih bersepah. Rasa seronok juga tengok anak kreatif. Kalau saya bekerja siapa yang nak layan anak-anak bermain. Kesian juga, perhatian mesti berkurang. Alhamdulillah, sambil bermain dengan anak mesej masuk menerima ord...