Teks : Zanariah Kamal
Bismillah.
Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Apa khabar semua? Hari itu saya janji nak kongsikan bagaimana untuk menjadi ibu hebat.
Sekarang inilah dia antara tip-tips yang akan saya kongsikan dan boleh kita lakukan bersama.
Antaranya :
Semoga Allah Sayang.
Bismillah.
Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Apa khabar semua? Hari itu saya janji nak kongsikan bagaimana untuk menjadi ibu hebat.
Sekarang inilah dia antara tip-tips yang akan saya kongsikan dan boleh kita lakukan bersama.
Antaranya :
- Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
- Jangan lupa banyakkan berdoa. Kerana doa adalah senjata orang mukmin dan Allah suka umatnya berdoa dan memohon kepada-Nya yang disertai usaha sehabis mungkin.
- Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya.
- Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama.
- Kuat berusha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu bapa.
- Kita adalah contoh yang paling hampir dimata anak-anak. Oleh itu sentiasalah pamer dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak.
- Disiplin dan berprinsip teguh dalam melakukan tanggungjawab terutama tentang batas syariat.
- Sentiasa memberi teladang yang baik. Dan berakhlak luhur.
- Banyakkan bersyukur dengan nikmat dan dugaan Allah.
- Akhir sekali sabar dan redhalah di atas jalan dan takdir yang Allah tentukan.
Semoga Allah Sayang.
Comments
Post a Comment