Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Assalamualaikum semua, moga terus sukses dalam melayari
kehidupan ini, bagaimana anda, sudah banyakkah buku yang dibaca? Di harap
begitulah ye..macam mana dengan rumah anda, ada sediakan sudut bacaan
atau perpustakaan mini di rumah?
Kalau ada baguslah, kalau belum atau
baru mahu merancang nak buat ikutilah tip di bawah ini.Tip ini saya ambil dari sebuah laman blog, moga ada manfaat untuk anda semua.
Kesempatan ke Pesta Buku hari itu, saya ada membeli beberapa buah buku lagi. Sekarang koleksi buku yang ada di rumah sudah bertambah. Suami nak buat perpustakaan mini keluarga. Koleksi buku sekarang mencecah 300 naskah. Itu belum termasuk buku-buku ensiklopedia anak-anak. Moga cita-cita kami jadi kenyataan.
Perpustakaan Mini di Rumah
1. Untuk galakkan semua ahli keluarga membaca
2. Membudayakan ilmu pengetahuan
3. Pemilihan ruang (bilik khas/ruang khas)
4. Bahan bacaan - majalah, buku cerita, biografi dll.
5. Peralatan sokongan - meja tulis, peralatan menulis, rak buku yang bersesuaian (buku mudah dicapai)
6. Suasana yang kondusif
7. Mendidik anak sejak usia 2 tahun untuk membaca.
8. Buku-buku berkaitan abjad, nombor, buku bergambar.
9. Kongsi masa bersama-sama membaca di bilik bacaan/ruang perpustakaan di rumah / di mana sahaja.
10. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
11. Bagi yang Islam - membaca al-Quran setiap kali selepas solat.
12. Buku-buku rujukan agama, tafsir hadis dan sebaginya juga boleh ditempatkan di ruang bacaan.
13. Poster bergambar untuk membantu minat anak-anak belajar dan membaca.
14. Peruntukan kewangan setiap bulan (jika perlu) untuk menambah koleksi buku
Budaya membaca sejak kecil akan menggalakkan anak-anak terus membaca sehingga bila-bila tanpa jemu.
Saya juga pernah mendengar kata-kata ini..
"Jika mahu menulis sebuah buku, kita perlu membaca seribu buku."
"Lagi banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita tidak tahu."
Semoga sikap dan tabiat membaca semakin subur dalam setiap rakyat Malaysia.
Semoga Allah Sayang.
Comments
Post a Comment