Skip to main content

Posts

Didik Anak Dengan Kasih Sayang

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Tugas mendidik dan membesarkan anak memang satu tanggungjawab ibubapa. Pilihlah untuk mendidik dengan kasih sayang. Walau bagaimana susahnya menahan sabar dengan karenah masing-masing. Dari anak nombor 1 hingga nombor 5, semuanya berbeza watak. Makin lama saya sedar anak kita membesar dalam keadaan yang jauh berbeza berbanding kita dulu. Anak kita menerima pelbagai tekanan daripada teman sebaya dan perseketikaran. Janganlah pula kita tambah lagi dengan cara kita didik yang salah. Buang cara herdik dan leter, supaya anak lebih menghormati. Kesimpulannya cara mendidik dengan kasih sayang lebih baik dari pada cara mengherdik. Kalau tak mahu anak kita berpura-pura baik depan kita, cepat-cepat berubah untuk jangka masa panjang. Bila anak sudah berjauh hati dengan kita masa itulah kita nak pujuk sedangkan hati anak dah tercalar dengan sikap kita. Moga Allah Sayang, Moga Allah Redha

RESEPI KEK CARROT KUKUS

Bahan2 250gm buttercup dicairkan 2 cwn tepong gandum 1 cwn tepong naik sendiri 1 cwn gula perang 1/2 cwn gula castor 3 biji telor 2 biji kuning telor 1 sudu teh soda bicarbonate 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh ovalet 1/2 sudu teh garam Sedikit kacang pecan di masak tanpa minyak dan di tumbuk agak2 kasar Mixed fruits dijemur dulu supaya betul2 kering 1 batang carrot diparut CARA BUAT Blend semua telor gula esen vanila dan ovalet hingga kembang dan gebu Masukkan buttercup yg dicairkan dan blend lagi hingga kembang Curahkan bahan2 diblend kedalam bekas yg berisi tepong soda bicarbonate baking powder dan garam yg telah diayak dan juga bahan2 campuran tadi Kacau cara kaup balik hingga adunan betul2 sebati Sediakan loyang 8x8 yg telah dialas dgn butter paper dan keliling loyang disapu dgn sedikit minyak Curahkan adunan tersebut kedalam loyang dan kukus selama 1 jam 10 minit atau cucuk tengah2 kek utk pastikan masak CARA UTK TOP...

Anak Amanah Allah

 Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Karenah anak ada 1001 macam. Ibu mana yang tak pening kepala. Ada yang sampai migrain memikirkan karenah anak. Ada yang suka bergaduh, membuat bising, buli adik, susah mandi, kalau mandi susah nak keluar dari bilik air, ada anak yang kuat makan asyik nak lebih. Semua ini dah ditempuhi. Cuma sebagai ibu kena tahu macam mana nak menguruskan anak-anak yang banyak karenah. Nak cerita pengalaman saya memang banyak. Sejak dari anak pertama lahir saya dah hadapi karenah. Masa itu barulah saya tahu tak mudah rupanya bergelar ibu. Status saya sebagai ibu bermula pada 5 Jan 2002. Ketika itu anak sulung yang dinantikan lahir ke dunia dengan rasa syukur dan gembira. Gembira yang tidak terucap dengan kata-kata. Kelahiran anak sulung dengan bersalin secara normal. Menahan sakit bersalin selama 36 jam selepas di "induce". Terpaksa induce sebab pergerakan baby lemah. Bermulalah episod sebagai ibu. Anak pertama saya ni kuat menangis, tak suka minu...

Pulut Kuning

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah semalam 16 Mei Jumaat, sampai juga hajat saya nak buat pulut kuning. Tapi pulut kuning saya tak buat pun. Saya tempah dari kawan. 5 kilo pulut dan 3 kilo daging untuk buat rendang. Alhamdulillah habis sudah diagihkan pada anak-anak mengaji al-Quran di rumah Kak Faridah. Sempena Afiq dah khatam baca al- Quran dan Harraz naik Al-Quran. Takde buat majlis besar-besaran pun. Cukup dengan pulut kuning tanda syukur.

Petua Cergas Dan Otak Cerdas

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Nak bagi petua je ni. Anak ada yang nak periksa kan? Apa kata kita cuba petua ini. Bukan untuk anak je tau, semua elok amalkan. Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:  1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.  2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman. 3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat.

Mengemis Kasih

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum. Tetiba hati ini jadi sayu. Mungkin terlalu banyak dosa-dosa dan kelalaian yang dibuat. Meniti usia menjejak angka empat, mungkin juga menjadi sensitif. Teringat pula bait-bait lagu Raihan bertambahlah sayu hati ini. Moga Alah permudahkan perjalanan hidupku yang tidak banyak berbakti.  Ruangan blog ini kucipta bukan untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk atau dipuji-puji. Hanya sekadar luahan dan perkongsian pengalaman menjadi insan, dari seorang anak, menjadi isteri dan pengalaman menjadi ibu serta guru kepada anak-anak. Moga segala perkongsian melalui penulisan ini dapat diterima dan hanya Allah yang menilai usahaku ini. Moga Allah sayang, moga Allah redha setiap langkahku.  Tuhan dulu pernah aku menagih simpati Kepada manusia yang alpa jua buta Lalu terheretlah aku dilorong gelisah Luka hati yang berdarah kini jadi parah Semalam sudah sampai kepenghujungnya Kisah seribu duka ku harap sudah berla...

Mendidik Anak Mengenal Makanan Halal

  Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum.. Dah makan tengahari ke belum? Kami sudah siap, menu simple je hari ini tomyam ayam. Makanan kegemaran seisi keluarga. Hari ini Danisha balik dari sekolah bawa satu plastik "goodies". Katanya ada harijadi kawan di sekolah. Aduh.. lemah rasa hati bila tengok kat tangan Danisha memegang makanan ringan atau "jajan".Saya sudah lama pantangkan anak-anak dengan makanan ini. Sejak saya belajar sikit tentang kandungan benda "tak halal" dalam makanan. Bayangkan dalam kelas ada 30 anak murid. Boleh dikatakan sebulan 2 kali bawa jajan balik rumah. Pening kepala mak nak.. Yelah di rumah kita jaga segala aspek kebersihan makanan dan apa-apa yang sepatutnya. Tiba-tiba dari luar pula senang je dapat benda yang merisaukan saya. Dulu saya tak ambil tahu sangat pasal kod pada makanan. Sekarang saya cuba membelek kandungan yang tertulis pada bekas makanan. Walaupun ada logo halal tapi makanan itu tetap ada...