Skip to main content

Mendidik Anak Mengenal Makanan Halal

 

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah..

Assalamualaikum.. Dah makan tengahari ke belum? Kami sudah siap, menu simple je hari ini tomyam ayam. Makanan kegemaran seisi keluarga.

Hari ini Danisha balik dari sekolah bawa satu plastik "goodies". Katanya ada harijadi kawan di sekolah. Aduh.. lemah rasa hati bila tengok kat tangan Danisha memegang makanan ringan atau "jajan".Saya sudah lama pantangkan anak-anak dengan makanan ini. Sejak saya belajar sikit tentang kandungan benda "tak halal" dalam makanan.

Bayangkan dalam kelas ada 30 anak murid. Boleh dikatakan sebulan 2 kali bawa jajan balik rumah. Pening kepala mak nak..

Yelah di rumah kita jaga segala aspek kebersihan makanan dan apa-apa yang sepatutnya. Tiba-tiba dari luar pula senang je dapat benda yang merisaukan saya.

Dulu saya tak ambil tahu sangat pasal kod pada makanan. Sekarang saya cuba membelek kandungan yang tertulis pada bekas makanan. Walaupun ada logo halal tapi makanan itu tetap ada unsur "tidak halal" atau terdapat bahan campuran "Emulsifier. Mungkin logo halal tu di "copy" pihak pengusaha. Nauzubillah..

Anak-anak pun dah di ajar lihat logo halal baru boleh makan. Sekarang mereka keliru bila saya kata yang ini tak boleh makan. Yelah, mana tidaknya ada logo halal besar lagi tapi tidak boleh makan. Keropok Rota tu, baru-baru ini dikejutkan dengan isu tidak halal disebabkan ada kandungan "lemak b..."

Kalau anda rajin, boleh semak kod pada bekas makanan yang kita beli dipasaraya atau kedai.

Kod-kod ialah:

1) E 100           16) E 280      31) E 434        46) E 482

2) E 110           17) E 300      32) E 435        47) E 483

3) E 120           18) E 301      33) E 436        48) E 491

4) E 140           19) E 325      34) E 440        49) E 492

5) E 141           20) E 326      35) E 441        50) E 493

6)E 153            21) E 327      36) E 470        51) E 494

7) E 160           22) E 334      37) E 471        52) E 495

8) E 161           23) E 335      38) E 472        53) E 542

9) E 210           24) E 336      39) E 473        54) E 570

10) E 213         25) E 337      40) E 474        55) E 572

11) E 214         26) E 422      41) E 475        56) E 631

12) E 216         27) E 430      42) E 476        57) E 635
13) E 234         28) E 431      43) E 477        58) E 904

14) E 252        29)  E 432      44) E 478        59) E 920

15) E 270        30) E 433       45) E 481
 
Anda dah lihat kodnya. Bolehlah hafal, nanti sebelum membeli makanan pastikan tidak ada kod ini dalam senarai barangan yang kita beli.
 
Takut, kesan makan makanan haram akan mengundang kemurkaan Allah. Balasan Allah di dunia mungkin dalam bentuk anak-anak yang dibesarkan nakal dan tidak mendengar kata ibu bapa. Moga kita semua dilindungi dan dijauhkan.
 
Mendidik anak-anak mencari makanan halal tidak semudah mendidiknya mengenal logo Halal JAKIM.  
 
Sekian.
Moga Allah Sayang
Moga Allah Redha 

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b