Skip to main content

Posts

Mencari Ketenangan.. Bagaimana caranya?

Teks : Zanariah Kamal Bismillah... Assalamualaikum.. Buat anda yang sedang membaca blog ini diucapkan terima kasih. Didoakan anda sentiasa gembira dan dalam keadaan yang tenang. Petang-petang ni rasa tergugat sikit ketenangan. Sudah 3 hari anak tak dapat hadir ke sekolah sebab jerebu teruk. Makluman terkini esok hari Khamis bersamaan 22 Oktober juga akan bercuti. Jerebu yang melanda negara kita masih belum nampak berkurangan. IPU sekarang dalam keadaan yang tidak sihat.  Apa yang meragut ketenangan kita hari ini. Mungkin disebabkan jerebu, masalah nak-anak, jiran-jiran, pekerjaan dan macam-macam lagi. Dengan fenomena sekarang ni, bimbang anak kecil yang lemah antibodinya, menghirup udara yang tidak sihat. Allah nak menguji hambanya memandang fenomena ini sebagai satu peringatan. Supaya kita semua bersatu-padu berdoa sungguh-sungguh minta jerebu ini pulih sedia kala.  Saya tak mahu cerita panjang, marilah kita bersama-sama mencari ketenangan hati dengan fo...

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2015 Haziq...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Gambar Anakanda Afiq ketika Majlis Graduasi Dan Kecemerlangan 2014 Anakanda Haziq dan Harazz di KG Jawa Melaka Bismillah, salam Isnin yang ceria. Moga hari ini hari yang lebih istimewa untuk kita. Segala perbuatan kita dan ucapan kita sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Buang sikap ego, buang sikap negatif, buang sikap mahu mencari kehebatan diri, buang sikap mahu mencari kelemahan orang lain. Sentiasalah basahlah lidah dengan zikir dan istighfar. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Aamin. Sebelum saya berleter macam ustazah, saya sebenarnya nak mengucapkan selamat menduduki UPKK buat anakanda Haziq. Hari ini kertas ke 2. Sebenarnya dah bermula pada Khamis lalu.  Tarikh sebenarnya 5hb Oktober 2015. Tapi disebabkan masalah jerebu yang melanda negara kita pada tahap yang tidak sihat, semua sekolah di arahkan tutup. Jadi 8hb Oktober 2015 anakanda Haziq menjawab kertas Lughatul Quran (bahasa Arab) Ummi...

Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

Teks : Zanariah Kamal Foto :Koleksi peribadi Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah, syukur hari ini dapat lagi berkumpul dengan anak-anak. Anakanda Afiq dapat pelepasan keluar asrama untuk membuat kerja Folio Sejarah. Seperti biasa saya akan mencari idea kudapan untuk anak-anak masa cuti supaya mereka gembira. Saya akui anak-anak saya suka makan dan kuat makan sekarang ni. Apa sahaja yang saya buat pasti habis.  Hari ini saya buat puding karamel. Agak menjadi jugaklah.. Kalau dulu kalau buat asyik terkeras dan menggerutu. Alhamdulillah hari ini menjadi. Seperti biasa nak kongsi resepi mudah  Bahan-bahan 5 biji telur gred A 4 sudu susu pekat manis ( bancuh dengan segelas air sejuk) sedikit esen vanila Bahan Untuk karamel 3 sudu besar gula 5 sudu air ( masak atas api perlahan hingga bertukar gelap warna gula) sudah siap tuangkan ke dlam loyang dan ratakan. Biarkan ke tepi Masa untuk sediakan bahan puding Pukul telur dengan perlahan jangan sampai k...

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai...

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku ( Ruang Tamu)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillah.. Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini. Masih lagi dalam mood mencari ilham deko rumah. Hasil carian saya jumpa contoh gambar hiasan deko yang menarik hati saya. Sebagai inspirasi saya simpan di blog untuk tatapan saya dan anda yang mungkin juga sedang mencari idea. Di bawah ini antara deko untuk ruang tamu yang kecil seperti rumah pangsa atau teres yang keluasan untuk ruang tamu agak kecil.. Jemput cuci mata ye.. yang dah dapat idea dan konsep bolehlah mencuba sekarang.   Yang dah

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku (Ruang Makan)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum, kepada yang sudi singgah di blog ini, terima kasih di ucapkan. Inilah blog tempat saya berkongsi rasa. Hari ini, macam biasalah tak de plan ke mana- mana. Hanya duduk di rumah melayan karenah anak-anak. Siap masak dan mengemas rumah ajar anak kecil saya membaca. Dah siap semua tu giliran saya pula menjengah fb dan blog kesukaan. Minggu ni saya sibuk memikirkan nak mendeko rumah comel saya di Melaka. Teruja juga nak ada rumah comel idaman hati. Semalam ralit tengok fb terjumpa gambar hiasan deko dari ruang makan, ruang tamu dan dapur. Semuanya saya suka. Sebelum tidur, membayangkan saya akan dapat apa yang saya nak. Insha Allah, kalau kita positif , pasang niat ada usaha lambat atau cepat kita akan dapat apa yang kita impikan. Ini antara impian saya... Tengok dulu ye gambar- gambar yang pasti memukau anda semua. Saya dah simpan lama dah hasrat nak mendeko rumah seperti ini. Insha Allah bila dah berpi...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...