Skip to main content

Bubur Sepuluh..Resepi Bubur Asyura

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi

bubur asyura terhangit sikit..tapi sedap!!!!


Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum

Lama rasanya tak menulis di blog tempat mencari rezeki ku ini. Mana menghilang? Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Membuat kertas kerja untuk projek baru. Moga dipermudahkan segala urusan.

2 hari lepas saya ada buat sedikit bubur. Bubur Asyura namanya. Memang sudah lama tak buat bubur kegemaran suami. Kebetulan 10 Muharam hari tu hari Assyura saya pun buatkan juga untuk suami tersayang. Alhamdulillah dapat juga bagi jiran-jiran merasa.

Sibuk punya pasal bubur tu terhangit sikit. Ingatkan tak ada orang yang suka. Rupanya habis, suami kata sedaplah, hangit-hangit ni biasalah. Di masjid pun rasa macam ni. Saya tak berapa suka makan bubur. Jadinya tak selalulah membuat bubur, kecuali jika ada permintaan.

Ada juga yang bertanya resepi. Resepi simple sahaja kalau nak ikut cara saya senang sahaja.

Bahan-bahan asas untuk bubur asyura 

2 cawan beras [dicuci dan ditos]
1 cawan daging di cincang
1 cawan santan
Air secukupnya untuk masak bubur
1 cawan kacang tanah direndam lembut 
[boleh ditambah kacang lain selain kacang tanah seperti dhal, kacang kuda]
sedikit garam (perisa jika nak letak)
sedikit serbuk lada putih [jika ada]

 Bahan tumis

5 biji bawang merah [ditumbuk]
3 ulas bawang putih [ditumbuk]
1 sudu udang kering [ditumbuk]
1 sudu kecil halba
sedikit jintan manis dan putih
sedikit serbuk kari [ anggaran 1 sudu , suka pedas bubuh lebih]
2 kuntum bunga lawang 

Bahan Hiasan

bawang goreng
daun bawang dan daun sup
serbuk cili [ cara buat serbuk cili: goreng cili kering 4 tangkai bersama satu sudu udang kering tanpa minyak dan di blend kering]

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan tumis hingga naik bau. Masukkan daging cincang, beras, santan dan air secukupnya. Masak hingga menjadi bubur dan perasakan dengan garam..
***Masak bubur pastikan api slow dan dikacau selalu.. Anggaran masa diambil untuk masak dalam 1 1/2 jam. Senang saja. Bila dah siap masak bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Pasti menyelerakan..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...