Resepi Cream Puff Inti Kastad Sukatan Cawan

Teks : Zanariah Kamal


Bismillah..
Assalammualaikum.. Nak kongsi resepi cream puff inti kastad..
Gara- gara terkenang masa makan di rumah kakak ipar tempohari. Anak- anak memang suka. Jadi ummi mencari resepi dengan bantuan cik google. Memang sedaplah. Bukan anak je yang suka ummi pun suka.

Insha Allah esok nak buat sikit. Kebetulan ada jiran nak datang jadi bolehlah jamu dengan cream puff ummi. Takkan nak jamu kuih raya je kot.. Sekurangnya adalah kuih untuk minum petang ye tak.

Resepinya nampak mudah. Dah buat baru tahu. 


Bahan-bahan Untuk Doh

  •  3 cawan air
  •  1 1/2 cawan mentega /marjerin
  • 3 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  •  7biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • Bahan-bahan Sos kastard
  • 1 cawan susu cair / susu tepung
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula makan
  • 2 sudu planta

Cara-cara

  1. Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api.
  2. kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat pada periuk. Keluarkan.
  3. Dalam bekas lain, doh tadi masuk sebiji demi sebiji telur dan kacau sehingga sebati sehingga semua habis.
  4. Masukkan esen vanilla, kacau sebati sehingga likat.
  5. Setelah selesai masukkan bahan PUFF tadi ke dalam piping beg, dan picit kan ke atas dulang pembakar yang sedia dialas kertas foiled atau disapu butter.
  6. Picitkan dalam kaedah meninggi, jika melebar, setelah masak puff itu kan menjadi leper. Masukkan ke dalam oven, dalam suhu 200c selama 20minit, atau setelah kelihatan perang dan mengembang
  7. Sos kastrad: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga likat.
  8. Proses: Setelah puff masak, belah di tengah puhh separuh sahaja dan picit kan cream kastard di lubang tsebut menggunakan piping beg.





cream kastad yang sudah siap ditutup dengan plastik supaya tak beku


inilah hasil cream puff yang siap di bubuh inti

Sekian, selamat mencuba.

Comments

  1. Assalamualaikum..1adunan choux ni dpt berapa pcs ye??
    Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts