Skip to main content

Buah anggur dan makaroni cheese untuk Fayyadh

Teks : Zanariah Kamal


Bismilllah..

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur anakanda Fayyadh sudah sihat. Boleh makan dan bermain seperti biasa. Demam paling lama iaitu 10 hari demam. Ujian buat diri dan keluarga. Risau hati usah dikira, berjaga malam demi anak. Bila sudah demam selera makan pun tak berapa baik.

Ujian darah pun dibuat di HKL, Alhamdulillah tiada apa- apa jangkitan atau denggi. Doktor cuma bagitahu darah merah kurang sikit. Mungkin disebabkan  demam bacaan darah jadi seperti itu.

Melihat susuk tubuh yang kurus dan tidak bermaya lagi membuat saya sedih.  Sedang duduk bermain, tiba- tiba Fayyafh minta anggur. Menangis- nangis minta anggur. Agaknya selera makan dah datang. Mana saya nak dapatkan anggur ketika itu. Hibanya hati saya bila tak dapat tunaikan hajat anak.

Saya saje nenulis status di facebook, tak sangka pula jiran saya terbaca padahal status tu ditulis sekejap saja kemudian saya delete semula. Sebab saya rasa tak perlu diceritakan di facebook.

Jiran saya yang baik hati itu pun pergi membelinya dan hadiahkan Fayyadh anggur. Rasa terharu pun ada sebab ada insan lain yang dapat menunaikan kehendak anak saya.

Allah saja yang dapat membalas budi baik kak nor. Inilah jiran dan sahabat baik saya. Moga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga.




Semua ibu inginkan yang terbaik buat anak- anak. Bermacam-macam saya masak untuk memikat selera anak-anak. Alhamdulillah tiba-tiba teringatkan keju. Saya tahu Fayyadh suka keju. Mujur semua bahan telah tersedia, stok makaroni pasta sudah dibeli. Saya pun masak sebungkus. Alhamdulillah Fayyadh suka, semua anak-anak suka. Yang sihat tumpang sekali.


Makaroni keju memang sedap dan enak. Saya akan kongsikan resepi yang sangat mudah untuk anda. Untuk resepi klik sini.



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...