Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Utusan Buat Seorang Suri

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Untuk isteri yang dirahmati Allah, Rasulullah pernah bersabda, " Dunia ini adalah perhiasan/ kesenangan dan sebaik- baik perhiasan /kesenangan adalah wanita yang solehah " Mudahnya menjadi wanita solehah? Bagaimana agaknya caranya untuk menjadi bidadari syurga atau wanira syurga? Sebenarnya dirimu sudah pun mempunyai satu ciri wanita syurga, iaitu menjadi isteri kepada seorang suami.  Nabi ada bersabda " seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat pada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki" Ini sabda Nabi, manusia pilihan Allah. Insan maksum yang dijanjikan syurga dan dapat memberi syafaat di Padang Masyar kelak. Bukan manusia biasa yang kata- katanya boleh dipertikaikan. Dirimu boleh memasuki syurga yang penuh keindahan itu melalui mana- mana pintu yang dikehendaki. Tiada halangan oleh sesiapa pun. Buk

Allah Itu Maha Pengampun Bertaubatlah

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakan kerana Allah S,W.T. Kemudian berusaha untuk tidak mengulangi. Bagaimana mahu mengukur yang diri kita benar- benar sudah bertaubat. Orang yang benar- benar sudah bertaubat, akan sentiasa merasa diri masih lagi berdosa. Air mata senang saje mengalir tanpa dibuat- buat bila bersendirian atau dikhalayak ramai. Kerana takutkan azab Allah akan dosa- dosa silam. Yang ke dua, hati lebih tenteram, suka mendekatkan diri dengan orang soleh, kuat agama, orang yang baik dan orang yang menjaga amal ibadahnya. Lebih gembira berkawan dengan orang yang berilmu dan beramal soleh, berbanding dengan orang yang suka membuat perkara maksiat dan melalaikan. Dirinya sentiasa sibuk menunaikan kewajipan terhadap Allah. Tidak terlalu ghairah menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah. Sentiasa menjaga lidah dan ucapan dari berkata hal yang yang sia-

Rumahku Ada Tetamu

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi  Bismillah... Allahumma syoiban nafian..hujan lebat turun membasahi Pantai Dalam. Sejuk, dingin je hari ini. Perut dah mula nak minta di isi. Pada hal baru saje lepas makan tengahari.  Alhamdulillah.. Hari ini  12/12/2014 Sabtu biasanya hujung minggu memang duduk di rumah. Sejak kaki sakit memang malas nak ke mana- mana. Suami biasalah dengan hobinya memancing. Hari ini rumahku syurgaku ada tetamu.  Anak saudara dari kampung datang bermalam. Fitri, Radzi, kawan Fitri dan anak- anak naik bas dari Politeknik Merlimau sampai TBS. Suami sengaja biarkan anak- anak balik KL menaiki bas, katanya bagi pengalaman sikit.  Sarapan pagi nasi lemak. Selepas sarapan anak- anak dan sepupu pergi berenang. Berenang di kolam renang DBKL sahaja. Bayaran masuk cuma RM3 seorang. Oklah tu, dapat juga mahirkan diri berenang. Yang tak pandai berenang main air jelah. Makan tengahari hari ini, menu simple saje. Saya masak sambal tumi

Tips Mengawal Emosi Marah Pada Anak

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Berhadapan dengan karenah anak kecil memang kadang kala hilang sabar dibuatnya. Saya memang senang rasa nak marah anak dibandingkan dengan suami. Tapi bukan bermakna saya ni pemarah. Tapi terkeluar juga sikap panas hati bila anak buat perkara yang tak sepatutnya dibuat. Cubalah sedaya upaya menahan kemarahan tu ye. Anak kita buat perangai pun atas sebab kesilapan kita juga. Kita yang tak pandai ajar dan disiplin anak sejak kecil. Yang salah tetap salah, tapi cuba tegur dengan berhikmah, bukan ditengking, dijerit, dihamun. Anak itu menunjukkan sikap yang kurang elok pun ada sebabnya. Pertama mungkin nak minta perhatian ibu ayah. Yang ke dua kalau buat juga dan perkara itu berulang mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk supaya kita berfikir dan berfikir apa sebenarnya yang Allah nak bagi. Kadang- kadang muhasabah diri tu lagi penting dari kita menghukum anak dengan kata kesat. Istighfarlah selalu insyaAllah akan ada jalan nak bantu a