Teks: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah...
Allahumma syoiban nafian..hujan lebat turun membasahi Pantai Dalam. Sejuk, dingin je hari ini. Perut dah mula nak minta di isi. Pada hal baru saje lepas makan tengahari.
Allahumma syoiban nafian..hujan lebat turun membasahi Pantai Dalam. Sejuk, dingin je hari ini. Perut dah mula nak minta di isi. Pada hal baru saje lepas makan tengahari.
Alhamdulillah.. Hari ini 12/12/2014 Sabtu biasanya hujung minggu memang duduk di rumah. Sejak kaki sakit memang malas nak ke mana- mana. Suami biasalah dengan hobinya memancing. Hari ini rumahku syurgaku ada tetamu.
Anak saudara dari kampung datang bermalam. Fitri, Radzi, kawan Fitri dan anak- anak naik bas dari Politeknik Merlimau sampai TBS. Suami sengaja biarkan anak- anak balik KL menaiki bas, katanya bagi pengalaman sikit.
Sarapan pagi nasi lemak. Selepas sarapan anak- anak dan sepupu pergi berenang. Berenang di kolam renang DBKL sahaja. Bayaran masuk cuma RM3 seorang. Oklah tu, dapat juga mahirkan diri berenang. Yang tak pandai berenang main air jelah.
Makan tengahari hari ini, menu simple saje. Saya masak sambal tumis udang, ikan siakap masak stim ala thai, telur dadar. Alhamdulillah, berselera mereka makan.
Sebelah malam mereka bercadang nak ke pasar malam. Jadi malam ni saya tak perlu memasak. Kalau masak confirm tak habis. Aktiviti esok pula suami bercadang nak bawa mereka jalan- jalan KL. Manfaatkan cuti sekolah, bukan selalu dapat peluang macam ni. Kebetulan suami pun tak sibuk.
Sekarang tengah tunggu suami balik dari memancing. Katanya balik hari, tak bermalam seperti selalu. Kalau ada rezeki dapat makan ikan fresh lagi.
Sekian. Catatan untuk hari ini.
Sekian. Catatan untuk hari ini.
Comments
Post a Comment