Skip to main content

Utusan Buat Seorang Suri

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..

Untuk isteri yang dirahmati Allah, Rasulullah pernah bersabda,

"Dunia ini adalah perhiasan/ kesenangan dan sebaik- baik perhiasan /kesenangan adalah wanita yang solehah"

Mudahnya menjadi wanita solehah? Bagaimana agaknya caranya untuk menjadi bidadari syurga atau wanira syurga?

Sebenarnya dirimu sudah pun mempunyai satu ciri wanita syurga, iaitu menjadi isteri kepada seorang suami. 

Nabi ada bersabda " seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat pada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki"

Ini sabda Nabi, manusia pilihan Allah. Insan maksum yang dijanjikan syurga dan dapat memberi syafaat di Padang Masyar kelak. Bukan manusia biasa yang kata- katanya boleh dipertikaikan. Dirimu boleh memasuki syurga yang penuh keindahan itu melalui mana- mana pintu yang dikehendaki. Tiada halangan oleh sesiapa pun. Bukankah ini khabar yang sungguh istimewa? Dengan menunaikan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat pada suaminya yang dicintai sepenuh hati, dirimu diberi nikmat terbesar dalam sejarah hidup manusia. Masya Allah..

Buat isteri yang diuji, ingatlah janji Allah atau kenangkanlah kata-kata hikmah ini, Umar Abdul Aziz pernah berkata:
" sekali- kali Allah tidak menganugerahkan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik daripada apa yang Allah cabut daripadanya"

Allahurabbi..

Kepada yang bertuah mendapat suami soleh, haruslah terus taat selagi tidak melanggar hukum Allah. Cukupkanlah hati dengan suami yang ada, ketepikan rasa kurang senang terhadap beberapa sikapnya yang tidak digemari. Tutuplah mata kepada kekurangan dan kelemahannya kerana dirimu tidak sehebat Asiah atau setabah Siti Hajar. Selagi suami itu tidak melakukan apa yang ditegah Allah dan berusaha melakukan sunnah Rasulullah, maka berdiri teguhlah disisinya.  Bersama- samalah membantunya mendatangkan kasih saya dan rahmat Ilahi di dalam rumah tangga.

Wahai suri milik suami tercinta,

Walau berat ujian hidup bersuami, walau lelah menahan tabah hati, kenanglah pengakhiran hidup sebagai seorang wanita, seorang isteri. Ingatlah pesan Nabi s.a.w, " Jika suami boleh disembah maka akan ku perintahkan isteri sujud kepada suami." Suami yang dimaksudkan tentulah seorang yang sentiasa berusaha membaiki diri dan agamanya. Juga berusaha membimbing isteri dan zuriatnya menuju rumah tangga di syurga. Berdoalah wahai suri agar Allah sentiasa meredhai suami sebegini.

Doa pasti dimakbulkan. Cepat atau lambat bukanlah urusan kita, berserah saja hanya kepadaNya. Yakinlah..

Peringatan untuk diri saya sendiri yang terkadang selalu alpa.
Semoga Allah Sayang, Semoga Alah Redha


Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b