Skip to main content

Tips Mengawal Emosi Marah Pada Anak

Teks: Zanariah Kamal


Bismillah..


Berhadapan dengan karenah anak kecil memang kadang kala hilang sabar dibuatnya. Saya memang senang rasa nak marah anak dibandingkan dengan suami. Tapi bukan bermakna saya ni pemarah. Tapi terkeluar juga sikap panas hati bila anak buat perkara yang tak sepatutnya dibuat.

Cubalah sedaya upaya menahan kemarahan tu ye. Anak kita buat perangai pun atas sebab kesilapan kita juga. Kita yang tak pandai ajar dan disiplin anak sejak kecil. Yang salah tetap salah, tapi cuba tegur dengan berhikmah, bukan ditengking, dijerit, dihamun. Anak itu menunjukkan sikap yang kurang elok pun ada sebabnya.

Pertama mungkin nak minta perhatian ibu ayah. Yang ke dua kalau buat juga dan perkara itu berulang mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk supaya kita berfikir dan berfikir apa sebenarnya yang Allah nak bagi. Kadang- kadang muhasabah diri tu lagi penting dari kita menghukum anak dengan kata kesat. Istighfarlah selalu insyaAllah akan ada jalan nak bantu anak yang suka buat perangai.

Sebenarnya, kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-8 tahun memang sangat lasak kerana ingin mencuba segala dan tidak mendengar kata. Oleh kerana saya tidak mahu azam yang dibina menjadi sia-sia, saya cuba mencari melalui pembacaan tips-tips berguna untuk mengatasi rasa tidak sabar dan marah terhadap anak-anak. Ada beberapa tips yang saya rasa amat berguna untuk kita semua amalkan, agar generasi yang terbina adalah generasi umat Islam yang terbilang dan cemerlang.

Senang saja, tipsnye iaitu PANDANG, DENGAR , FAHAM

Dulu masa Harraz masih kecil, dia memang suka menangis, mengamuk tak tentu pasal. Contoh hal yang paling femes harraz buat ialah minta sesuatu. 
Mula- mula nak air, umminya pun pergilah ambil air, bila sampai je kat harraz, tiba- tiba kata taknak cawan tu. Nak cawan lain pula. Sabar lagi tu, pergi lagi dapur tukar cawan. Hantar air dengan cawan yang baru, taknak juga, meraung- raung nak sikit je taknak banyak. Bukan pasal air, banyak lagi perkara- perkara yang dia akan kaitkan untuk menangis. Huh...sabar jelah masa tu. Dalam hati ni mahu je keluar kuasa ultraman. Mujur ada suami yang banyak menenangkan hati.
Bila hati dah panas, mula fikir nak biarkan je. Orang kata lantak kaulah anak.  Tapi memang tak sampai hati. Tarik nafas dalam- dalam, duduk dekat Harrraz tengok atau PANDANG wajah dia yang tak tenang. Masa tu akan datang ilham nak pujuk. Ayat- ayat manis yang menghiburkan hati dia keluar mencurah- curah. Peluk dia, rupanya itu yang harraz nak, bukan air. 

Jangan menyalahkan anak terlalu cepat, kita cuba berbual dengan anak kita. Sebenarnya anak umur 2 hingga 7 tahun belum kenal dan faham perasaan sendiri. Bagilah ruang pada anak untuk berfikir, lebih elok kita diam bukan terus membebel dan memarah anak yang kecil itu. Sikap kita perlu dijaga. Sekarang cuba kita DENGAR apa yang anak kita nak sampaikan.
Kita bantu anak kenal perasaan mereka. Bukan kita yang turut tunjuk perasaan memang tak menjadilah jawabnya.

Bila kita dah dengar apa yang anak dah cerita. Kita tunjukkan yang kita FAHAM. Walaupun memang susah nak faham. Paling kurang kita anggukkan kepala. 

Biasa- biasakanlah kita untuk melatih diri untuk jadi ibu yang bijak supaya dapat beri respon  masalah anak dengan lebih rasional. Jangan menidakkan atau bangkang perasaan mereka.

Anak adalah anugerah Allah, anak juga amanah dan ujian dari Allah. 

Sekian, moga Allah sayang, moga Allah redha.



Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b